Anda pengguna baharu kad debit Bank Islam dan ingin aktifkan fungsi pembelian online atau transaksi overseas? Sebetulnya cara aktifkan kad debit Bank Islam sangat mudah, dalam artikel ini kami akan kongsikan step pengaktifan kad debit Bank Islam yang betul.
Debit online adalah ciri Kad Debit Bank Islam yang menyediakan kemudahan pembayaran untuk transaksi di pelbagai laman web, aplikasi atau perkhidmatan dalam talian.
Sebelum menggunakan ciri debit dalam talian untuk transaksi, Anda mesti mengaktifkannya terlebih dahulu. Sila ikuti langkah di bawah ini:
Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam
Bank Islam telah memberikan maklumat bahawa setiap perkhidmatan atau urus niaga yang melibatkan transaksi luar negara perlu membuat permohonan activate atau pengaktifan kad debit bank Islam bagi tujuan keselamatan.
Ada 2 cara yang boleh Anda pilih untuk aktifkan fungsi tersebut, iaitu melalui laman website dan customer service.
Aktifkan Kad Debit Bank Islam Melalui Online
Sekiranya Anda ingin aktifkan fungsi transaksi kad debit Bank Islam melalui online, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan di bawah ini.
- Buka link https://cif.bankislam.com.my/CNP
- Sila isi borang tersebut dengan betul.
- Pada bahagian Customer Name sila isikan nama Anda.
- Pada bahagian NRIC No.(New) sila isikan nombor MyKad/IC/Kad Pengenalan baru Anda.
- Pada bahagian NRIC No. (Old) sila isikan sekiranya Anda mempunyai MyKad lama.
- Pada bahagian Debit Card No sila masukkan nombor kad debit Anda bagi tujuan cara aktifkan kad debit Bank Islam.
- Pada bahagian Card Expiry Date sila masukkan bulan dan tahun tamat tempoh kad Anda.
- Pada bahagian Last Transaction sila masukkan maklumat tentang transaksi terakhir Anda.
- Pada bahagian Mobile No sila masukkan no telefon Anda.
- Pada bahagian Office No sila masukkan no pejabat Anda, sekiranya ada.
- Pada bahagian House No sila masukkan no telefon rumah pada ruang sekiranya ada.
- Pada bahagian E-mail Address sila masukkan e-mel anda pada ruang.
- Pada bahagian I wish to active, sila pilih Online Transaction (transaksi online) / Overseas Transaction (transaksi luar negara) atau Both (kedua-dua sekali).
- Klik atau tick √ pada kotak Please Tick If You Want To Specify The Expiry Date sekiranya Anda ingin menyatakan tamat tempoh transaksi.
- If Date Is Not Specified, The Service Will Be Activated Until Card’s Expiry Date, notis ini bagitau Anda sekiranya Anda tidak klik pada kotak tamat tempoh, perkhidmatan bagi online dan overseas transaction akan diaktifkan sehingga tamat tempoh kad debit Anda.
- Pada bahagian Activation Start : pilih tarikh mula pengaktifan kad debit Anda.
- Pada bahagian Activation End : pilih tarikh akhir pengaktifan kad debit Anda.
- Taip semula Captcha/Picture pada ruangan Word Verification.
- Baca syarat dan terma lalu klik pada kotak √ I Hereby Confirm That I Have Read And Understand The Information And Risk Associated To CNP And Overseas Transaction As Stated Above. I Acknowladge And Affirm That All The Information Provided Is True.
- Klik Submit.
- Selesai.
Untuk memastikan kad debit Bank Islam telah aktif atau belum, Anda boleh call 03-26 900 900. Baca juga cara print penyata Bank Islam online.
Cara Aktifkan Kad Debit Bank Islam via Customer Service
Pasukan customer service Bank Islam siap membantu Anda sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun masalah. Anda juga boleh minta staff bank untuk aktifkan kad debit melalui sambungan telefon.
- Sila hubungi 03-26 900 900.
- Beritahu kepada staff bank kalau Anda ingin aktifkan kad debit Bank Islam.
- Sila ikuti arahan staff bank, kebiasaannya staff bank akan bertanya beberapa soalan seperti no kad pengenalan, no kad ATM bagi tujuan pengesahan.
- Setelah itu staff bank akan aktifkan kad debit Bank Islam Anda.
- Selesai.
Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara aktifkan kad debit Bank Islam secara online. Semoga membantu.