Cara Aktifkan Kad Debit BSN
Cara Aktifkan Kad Debit BSN

Cara Aktifkan Kad Debit BSN

Bank Simpanan Nasional  (BSN) menasihatkan bagi setiap pelanggan dan pemegang akaun kad debit BSN untuk menukar kad debit lama dengan Kad Debit PIN & Bayar baru di mana-mana cawangan BSN. Penggantian kad ini dilakukan untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam menggunakan kad.

Untuk makluman, Kad Debit baru berciri PIN dilengkapi dengan ciri tanpa sentuh dan mempunyai logo MyDebit. Selain itu, penukaran kad debit BSN adalah percuma untuk kali pertama.

Sila bawa Kad Debit sedia ada Anda bersama dengan Kad Pengenalan/ Kad Kuasa (untuk kakitangan Tentera atau Polis)/ Pasport (untuk warganegara asing). Kad baru Anda akan dikeluarkan serta merta. Anda juga boleh menetapkan PIN pilihan Anda dengan menggunakan alat PIN pad di cawangan BSN. PIN pilihan ini akan menjadi PIN tetap Anda.

Cara Aktifkan Kad Debit BSN Untuk Pembelian Online

Apa itu pembelian online (online purchase)? Pembelian online merupakan satu bentuk dagangan elektronik yang membenarkan pengguna untuk membeli barangan atau perkhidmatan secara terus daripada rakan niaga melalui internet menggunakan pelayar sesawang.

Kenapa pembelian online saya tidak aktif? Berdasarkan arahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk mengelakkan pemegang kad daripada menjadi mangsa pembelian online, debit langsung dan penipuan kad.

Sekiranya saya mahu aktifkan fungsi pembelian online macam mana?

Cara aktifkan kad debit BSN untuk pembelian atas talian boleh dilakukan dengan mudah, Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi pembelian atas talian melalui saluran-saluran berikut:

  • ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN
  • Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900 atau +603 2013 1900 (di luar Malaysia).
  • Di mana-mana cawangan BSN

Aktifkan Kad Debit BSN Melalui myBSN

Cara cepat aktifkan perkhidmatan pembelian atas talian BSN boleh menggunakan myBSN, sila membuat akaun myBSN terlebih dahulu. Apabila Anda telah mempunyai akaun myBSN boleh lanjut ke langkah-langkah di bawah ini.

  1. Pertama, log masuk myBSN di www.mybsn.com.my
  2. Pilih Manage Account > Debit Card Settings
  3. Pilih Update Online Purchase Status Aktifkan Kad Debit BSN Melalui myBSN
  4. Pilih Debit Card, sila tandakan √ pada debit card yang ingin Anda aktifkan. Klik Next. Cara Aktifkan Kad Debit BSN Online
  5. Pilih Permanently Activated atau Temporary Activated
  6. Masukkan tarikh efektif Start/End date klik Next. Cara Aktifkan Kad Debit BSN Secara Online
  7. Klik Request TAC, masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit Anda.
  8. Masukkan TAC, klik Next.
  9. Selesai.

Untuk makluman, sila aktifkan Kad Debit BSN Anda sebelum berlepas ke luar negara. Mulai 1 Jun 2015, BSN telah menyahaktifkan fungsi Transaksi Luar Negara Kad Debit Anda untuk melindungi kad Anda daripada penipuan transaksi.

Cara Daftar Perbankan SMS BSN

Sekiranya Anda mahu mendaftar untuk perkhidmatan perbankan SMS berikut langkah-langkah yang mesti Anda lakukan:

Sila pergi ke mana-mana cawangan BSN berhampiran dan daftarkan nombor bimbit telefon Anda. Selepas itu 4 digit UAC akan diberikan kepada Anda melalui cetakan pada Borang SMP-1. Apabila pendaftaran berjaya Anda lakukan, Anda akan menerima SMS:

  • M-PIN (6 digit)
  • 2 digit UAC

Cara mengaktifkan perkhidmatan perbankan SMS BSN sangat mudah iaitu, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Taip ACT<ruang>M-PIN<ruang>6 digit UAC (4 digit + 2 digit), seterusnya hantarkan kepada 36898 atau kepada penyedia perkhidmatan telefon bimbit Anda:

  • 019-2866180 (Celcom)
  • 017-3776180 (Maxis)
  • 014-3386180 (DiGi)

Tahniah! Anda kini sudah boleh menikmati kemudahan perkhidmatan perbankan SMS BSN.

PIN diperlukan apabila membuat pembayaran menggunakan kad di terminal jualan di Malaysia. Ini bertujuan meningkatkan keselamatan kad Anda terhadap urus niaga tanpa kebenaran kerana numbor PIN Anda hanya diketahui oleh Anda.