Cara Aktifkan Kad Debit Public Bank
Cara Aktifkan Kad Debit Public Bank

Cara Aktifkan Kad Debit/Kredit Public Bank

Public Bank menawarkan penyelesaian kewangan untuk perancangan kewangan peribadi dan perniagaan. Perkhidmatan ini telah disokong oleh jaringan antara cawangan yang kuat, rangkaian ATM yang luas, dan rangkaian perbankan elektronik. Selain perkhidmatan perbankan yang semakin profesional, Public Bank juga terus berusaha untuk menjaga kepercayaan dan harapan pelanggannya dengan memberikan jaminan kewangan jangka panjang.

Salah satu produk kewangan Public Bank yang paling popular adalah kad kredit/debit. Terdapat pelbagai jenis kad kredit dengan logo yang berbeza lengkap dengan terma dan syarat yang telah ditawarkan oleh Public Bank. Di samping itu, terdapat juga pelbagai diskaun berdasarkan penggunaan kad kredit Public Bank dari merchant terpilih yang telah bekerjasama dengan Bank Public Bank.

Sekiranya Anda mempunyai kad ATM/Debit/Kredit Public Bank dan ingin membuat urus niaga online, Anda perlu aktifkan kad Kredit/Debit PB Anda terlebih dahulu untuk membuat transaksi/urus niaga dalam talian dan urus niaga di luar negera.

Ada 2 cara untuk aktifkan kad debit/kredit Public Bank iaitu melalui PBe online banking dan mesin ATM. Sila ikuti panduan di bawah ini.

Cara Aktifkan Kad Kredit/Debit Public Bank via Internet Banking

Sebelum menggunakan cara di bawah ini, Anda mestilah mempunyai akaun PBe online banking, sila baca panduan cara daftar PBe online banking. Jika Anda sudah mempunyai akaun PBe, boleh ikuti langkah-langkah ini.

  1. Log masuk ke PbeBank www.pbebank.com
  2. Pilih Profil Maintanance.
  3. Pilih Manage Card Profil.
  4. Pilih Opt Out / In for card Not-Present and Overseas Retail Transaction.
  5. Selesai.

Cara Aktifkan Kad Debit/Kredit Public Bank via ATM

Anda dapat aktifkan kad ATM/Debit/Kredit Public Bank melalui ATM, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Public Bank terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM/Debit/Kredit
  3. Masukkan PIN
  4. Pilih Other Services.
  5. Pilih Card Profil.
  6. Pilih Opt Out / In for card Not-Present and Overseas Retail Transaction.
  7. Selesai.

Sekarang Anda dapat membuat transaksi online dengan menggunakan kad Debit/Kredit Public Bank Anda. Itulah panduan cara aktifkan kad Public Bank untuk keperluan urus niaga dalam talian dan urus niaga di luar negera, semoga membantu.