Cara Aktifkan Kad Debit Maybank
Cara Aktifkan Kad Debit Maybank

Cara Aktifkan Kad Debit Maybank

Adakah Anda ingin menukar Kad Debit Maybank lama dengan yang baru kemudian aktifkan kad debit Maybank? Ramai korang yang tanyakan bagaimana cara aktifkan kad debit Maybank dan tukarkan kad debit Maybank lama dengan yang baru ni.

Sebetulnya cara tukar kad debit Maybank lama dan pengaktifan kad debit Maybank itu mudah sahaja, jadi tak perlu risau.

Sila baca panduan dan langkah-langkah cara aktifkan kad debit Maybank dan tukar kad debit Maybank di bawah ini.

Cara Tukar Kad Debit Maybank

Setiap permohonan penggantian Kad Debit adalah untuk satu Kad Debit sahaja iaitu satu kad untuk satu penggantian. Untuk pemegang kad yang mempunyai lebih daripada satu Kad Debit, mereka perlu mengulangi langkah‐langkah yang diperlukan untuk menggantikan Kad Debit yang sedia ada.

Kad Debit gantian hendaklah berdasarkan pada Kad Debit sedia ada yang dipegang oleh pemegang kad i.e Visa Classic kepada Visa Classic. Untuk makluman, pemegang Kad Debit Superman Visa Debit dan Kawanku telah dihentikan dan tidak boleh ditukar di Maybank2u atau di cawangan Bank. Ahli Kad dikehendaki untuk menggantikannya dengan kad generic Visa Debit di Maybank2u atau dimana‐mana cawangan Maybank.

Kad Debit gantian dikeluarkan dengan nombor kad yang baru dan mengunakan nombor PIN sama. Sekiranya pemegang kad tidak menerima Kad Debit yang baru selepas tempoh yang telah ditetapkan, pemegang kad dikehendaki menghubungi MGCC di talian bebas tol seperti yang tertera di belakang Kad Debit.

Macam mana jika akaun Maybank saya sudah tak aktif? Sila baca panduan cara aktifkan semula akaun Maybank.

Cara Tukar Kad Debit Maybank Lama Dengan Yang Baru

Ada 3 cara menukar kad debit Maybank lama dengan yang baru iaitu.

  • Melalui Branch Maybank
  • Kiosk
  • Maybank2u

1. Cara Menukar Kad Debit Maybank di Branch

Sila pergi ke mana-mana branch Maybank berhampiran, jangan lupa membawa kad debit lama dan MyKad (IC)/Police or Armed Forces ID Card / Passport.

Setelah itu bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin menukar kad lama dengan yang baru. Pegawai bank akan membantu Anda untuk dapatkan kad debit baru.

2. Cara Menukar Kad Debit Maybank di Kiosk

Cara nak tukar kad Debit Maybank di kiosk Maybank Express Debit Card Replacement Kiosk ni mudah saja, hanya perlu bawa kad bank lama dan kad pengenalan MyKad. Kemudian ikut sahaja arahan yang dipaparkan di skrin.

Sila masukkan kad lama dan nombor PIN Anda, setelah itu masukkan kad pengenalan MyKad dan tekap cap jari kat Scanner yang ada kat situ. Tunggu beberapa saat dan kad debit yang baru akan keluar.

Sangat cepat dan mudah buat kat kiosk, hanya beberapa minit sahaja kad sudah siap.

3. Cara Menukar Kad Debit Maybank Guna Maybank2u

Untuk makluman penukaran kad debit melalui Maybank2u:

  • Penghantaran ke PO Box tidak dibenarkan.
  • Penghantaran ke alamat luar negara akan memakan masa 30 hari bekerja.
  • Hanya ahli kad sedia ada yang dibenarkan membuat permohonan secara dalam talian melalui Maybank2U. Ahli kad baru mesti pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk penggantian

Setelah mengetahui maklumat diatas, sila ikuti langkah-langkah cara tukar kad debit Maybank lama dengan yang baru di bawah ini.

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Klik Card Management
  3. Klik ATM/Debit Card
  4. Sahkan alamat rumah dan bersetuju dengan terma dan syarat.
  5. Kemudian ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.

Cara Aktifkan Kad Debit Maybank untuk Pembayaran Online

Sila ikuti panduan cara aktifkan kad debit Maybank untuk transaksi online dan luar negara melalui Maybank2u.

  1. Sila log masuk Maybank2u.
  2. Setelah berjaya log masuk, klik menu Settings > Cards
  3. Pilih Overseas Debit Card Activation dan tukar ke Enable
  4. Kemudian, sila tentukan tarikh aktif untuk kad Maybank Anda. Had masa maksimum kad debit Anda aktif bagi fungsi transaksi online atau luar negara ini adalah setahun.

    Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Online
    Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Online
  5. Klik butang Activate
  6. Klik Request for TAC untuk mendapatkan kod pengesahan dan masukkan kod TAC tersebut lalu tekan Confirm.
  7. Sekarang kad Debit ATM Maybank Anda telah aktif.

Tak punya akaun Maybank2u? Tak perlu risau, sila baca cara buat Maybank2u.