Cara Bayar Loan Kereta BSN
Cara Bayar Loan Kereta BSN

Cara Bayar Loan Kereta BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan bank yang menyediakan perkhidmatan BSN MyAuto. BSN MyAuto merupakan Kemudahan Sewa Beli kenderaan bagi membiayai pembelian kenderaan yang dikira atas kadar faedah tetap.

Ada beberapa manfaat yang Anda dapat peroleh dari BSN MyAuto iaitu saluran bayaran yang mudah, dibuka bagi kenderaan baru, tempoh pembiayaan minimum 3 tahun dan maksimum sehingga 9 tahun dan banyak lagi.

Bagi Anda yang sudah mempunyai pinjaman kereta BSN MyAuto tetapi tak tahu macam mana cara bayaran balik/cara bayar ansuran kereta, berikut kami kongsikan cara bayar loan kereta BSN online dengan mudah.

Cara Bayar Loan Kereta BSN Online

Anda boleh bayar pinjaman kereta BSN melalui myBSN, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan security image.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Payments. Payments dan Financing Payment
  8. Kemudian, klik Financing Payment.
  9. Klik 3rd party financing. 3rd party financing
  10. Pada From Account, pilih akaun Anda.
  11. Pada To Account, klik Bank Simpanan Nasional yang tertera.
  12. Pada Account Number, masukkan nombor akaun pinjaman.
  13. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  14. Klik Submit.
  15. Seterusnya, klik Request TAC.
  16. Masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui handphone Anda.
  17. Klik Submit.
  18. Tahniah, Anda berjaya bayar loan kereta BSN online.

Tidak mempunyai akaun myBSN? Baca panduan cara daftar BSN online banking.

Cara Bayar Loan Kereta BSN Melalui ATM

Cara bayar loan kereta BSN melalui ATM, ikuti langkah berikut:

  1. Sila pergi ke ATM BSN yang berdekatan.
  2. Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Masukkan PIN kad ATM Anda.
  4. Klik Pindahan.
  5. Kemudian, klik Pindahan Segera (Pinjaman)
  6. Anda akan dikenakan Caj, klik Teruskan jika bersetuju.
  7. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  8. Klik YA.
  9. Sila masukkan Bank Penerima.
  10. Masukkan Nombor Akaun Penerima.
  11. Klik Tekan Jika Betul.
  12. Masukkan Nombor Rujukan Urusan.
  13. Klik Tekan Jika Betul.
  14. Periksa terlebih dahulu maklumat sebelum di sahkan.
  15. Klik Tekan Jika Betul.
  16. Tahniah, Anda berjaya bayar loan kereta BSN.

BSN jugak menyediakan perkhidmatan pinjaman perumahan BSN bagi pelanggan yang ingin membuat mempunyai rumah peribadi.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai BSN Anda boleh hubungi Contact Centre BSN di 1-300-88-1900