Cara Bayar Loan Kereta Public Bank
Cara Bayar Loan Kereta Public Bank

Cara Bayar Loan Kereta Public Bank

Public Bank menyediakan perbankan online iaitu Public Bank Online atau dikenali sebagai PBe Pbebank.com, PBe disediakan bagi  memudahkan perkhidmatan kewangan online pelanggan Public Bank. Pbe memberikan kemudahan semasa melakukan transaksi yang dapat dilakukan dimana sahaja selama 24 jam 7 hari seminggu.

Public Bank juga menyediakan pelbagai perkhidmatan salah satunya iaitu pembiayaan kenderaan, sehinga pelanggan dapat membeli kereta dengan cara ansuran.

Bagi pelanggan yang mempunyai kewajipan bayaran balik dan tertanya-tanya macam mana cara bayar loan kereta Public Bank online? Berikut kami kongsikan 2 cara bayar pinjaman Public Bank dengan mudah dan pantas.

Cara Bayar Loan Kereta Public Bank Online

Sila ikuti cara bayar loan kereta Public Bank Online:

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Klik Login>PBe.
  3. Masukkan User ID akaun Anda.
  4. Klik Yes untuk sahkan Phrase correct Anda.
  5. Klik Login.
  6. Selepas Anda login, klik Payment.
  7. Kemudian, klik PB Loan/Financing Payment.
  8. Klik To Other Account atau To Favourite Account.
  9. Pilih From Account.
  10. Masukkan Nombor akaun pinjaman/Pembiayaan di akaun penerima.
  11. Pada Beneficiary Name, masukkan nama penerima,
  12. Pada Bank dan No Akaun, masukkan nombor akaun bank.
  13. Masukkan Jumlah yang akan di hantar.
  14. Klik Next.
  15. Klik Request PAC Now.
  16. Masukkan Nombor PAC Anda.
  17. Sahkan butiran yang dimasukkan.
  18. Klik Confirm untuk menyelesaikan pemindahan.
  19. Tahniah, Anda berjaya bayar loan kereta Public Bank Online.

Tidak mempunyai akaun Public Bank online? Sila baca panduan cara daftar Public Bank online.

Cara Bayar Loan Kereta Public Bank Melalui ATM

Selain bayar loan melalui online, Anda juga boleh bayar melalui ATM:

  1. Pergi ke ATM Public Bank terdekat
  2. Masukkan kad ATM Anda ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Masukkan PIN ATM Anda.
  5. Seterusnya, klik Transfer/Loans Repayment. Transfer Loans Repayment
  6. Klik Loan Repayment. Loan Repayment
  7. Klik Hire purchase. Hire Purchase
  8. Masukkan akaun pinjaman Anda dan nombor nota atau nombor kenderaan untuk deposit. Fund Transfer PBe
  9. Klik Enter.
  10. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  11. Klik Enter.
  12. Kemudian, klik Yes untuk konfirmasi.
  13. Tahniah, Anda berjaya bayar loan kereta Public Bank melalui ATM.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai cara bayar loan kereta Public Bank, Anda boleh hubungi Customer Support Public Bank di +603-2179-9999 atau melalui email: customersupport@publicbank.com.my