Cara Daftar Affin Bank Online
Cara Daftar Affin Bank Online

Cara Daftar Affin Bank Online

Affin Bank mempunyai perkhidmatan perbankan Affin Online bagi menjalankan transaksi kewangan secara online. AffinOnline menyediakan pelanggan cara yang selamat dan pantas untuk membuat transaksi perbankan.

Dengan perkhidmatan ini, pelanggan boleh semak baki akaun Affin Bank, pindahan dana, membayar bil dan menghantar permintaan perkhidmatan kepada Bank dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa setiap hari, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Setiap pelanggan atau individu-individu, proprietor-proprietor tunggal, pemegang-pemegang akaun utama dan akaun bersama yang mempunyai satu atau lebih akaun seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Akaun Deposit Tetap, Akaun Pinjaman, Akaun Sewa Beli dan Kad Kredit boleh mendaftar perkhidmatan Affin Online.

Perkhidmatan Affin Online

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang tersedia di AffinOnline.com

1. Akaun

  • Ringkasan Akaun
  • Pertanyaan Butiran Akaun
  • Rekod Transaksi
  • Peletakan dan Pengeluaran Deposit Tetap dan Deposit Berjangka-i.
  • Pembukaan Akaun eSaver dan eSaver-i Baharu

2. Pindahan

  • Pindahan Dana antara Akaun Sendiri
  • Pindahan dana pihak ketiga
  • DuitNow
  • Pindahan Telegrafik Mata Wang Asing
  • Penyelenggaraan Pindahan

3. Pembayaran

  •  JomPay
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembayaran Balik Pinjaman
  • Pembayaran Balik Sewa Beli
  • Penyelenggaraan Pembayaran

4. Pelaburan

  • Pendaftaran Akaun ASNB
  • Langganan Dana ASNB
  • Permohonan IPO
  • Penyelenggaraan Akaun CDS
  • Permohonan eRights

5. Perkhidmatan

  • Had Perbankan Dalam Talian
  • Pendaftaran AffinSecure
  • Penyelenggaraan Peringatan
  • Penyelenggaraan PIN Kad Kredit
  • Penyata Akaun
  • Penyata Akaun Penyelenggaraan Maklumat Peribadi

6. Tetapan

  •  Kemas Kini Profil Saya
  • Tukar Kata Laluan
  • Tukar Imej / Kata Sekuriti
  • Penyelenggaraan Kad Debit
  • Penyelenggaraan Kad Kredit
  • Laporan Kehilangan Kad
  • Penyelenggaraan Amaran
  • Tukar Soalan-Soalan Cabaran

7. Portfolio

  • Aktiviti AffinOnline
  • Status Transaksi
  • Pertanyaan Debit Langsung

Cara Daftar Affin Bank Online

Sebelum membuat pendaftaran AffinOnline, pastikan bahawa nombor telefon mudah alih Anda telah berdaftar di Affin Bank, sekiranya nombor telefon Anda belum berdaftar, sila kunjungi cawangan Affin Bank yang terdekat untuk mendaftarkan nombor telefon mudah alih Anda bagi penerimaan Kod Pengesahan Transaksi (TAC).

Setelah itu sila ikuti langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Affin Online https://rib.affinonline.com/retail/#!/login
  2. Klik First Time Login. First Time Login Affin Bank
  3. Sila isikan butiran maklumat kad debit/credit Anda. Maklumat First Time Login Affin Bank
  4. Pilih Card Type yang Anda mahu.
  5. Masukkan 16 digit nombor Kad Debit/Credit pada ruang Card Number.
  6. Pilih ID Type pengenalan yang Anda mahu.
  7. Masukkan nombor Kad Pengenalan Anda pada ID Number.
  8. Masukkan Card PIN milik Anda.
  9. Klik Request TAC, nombor TAC akan dihantar ke nombor handphone yang Anda daftarkan melalui SMS.
  10. Klik Continue.
  11. Masukkan Username dan Password yang Anda ingin gunakan pada ruangan yang tersedia.
  12. Masukkan Email dan kata Security Pharse Anda.
  13. Kemudian, pilih Imej Sekuriti Anda dan klik Hantar.
  14. Seterusnya, klik Login.
  15. Sila baca Terms And Conditions, kemudian, klik I Accept.
  16. Proses pendaftaran akaun online banking disempurnakan dengan menjawab kuiz pada The Establish Challenge Questions & Answers.
  17. Tahniah, Anda berjaya mendaftar Affin Bank, sekarang Anda dapat log masuk.

Diharapkan agar perkongsian yang dinyatakan diatas berkaitan cara daftar Affin Bank online banking melalui rib.affinonline.com akan memudahkan lagi urusan perbankan Anda.