Cara Daftar Bank Islam Online
Cara Daftar Bank Islam Online

Cara Daftar Bank Islam Online

Bank Islam mempunyai perkhidmatan perbankan Islam (bankislam.biz) yang canggih, inovatif yang menyediakan pelbagai transaksi seperti pembayaran bil, pemindahan wang serta check  baki akaun dengan pantas.

Jika Anda adalah pelanggan Bank Islam dan ingin melakukan transaksi kewangan online, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu pada platform Bank Islam IB ini.

Syarat Daftar Bank Islam Online

Berikut syarat yang perlu dipenuhi untuk mendaftar:

  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau perseorangan/individu.
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam.
  • Mempunyai no PIN untuk Kad ATM/kad debit Bank Islam.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

Selepas Anda mempunyai semua syarat diatas, sila ikuti panduan cara daftar bank islam online dibawah:

Cara Daftar Bank Islam Online First Time Login

Bagi mendaftar perkhidmatan IB Bank Islam online, kami syorkan Anda untuk menggunakan laptop/komputer untuk memudahkan proses daftar dan pastikan Anda mempunyai sambungan internet yang baik.

  1. Lawati pautan web Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik FIRST TIME USER.
  3. Seterusnya pada Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, klik Anda bersetuju dengan terma dan syarat. Cara Daftar Internet Banking Bank Islam
  4. Please select your card type, Klik Continue. Cara Daftar Perbankan Online Bank Islam
  5. ATM Card/Debit Card No: masukkan no kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit Anda. Cara Register Bank Islam Online
  6. ATM PIN: masukkan no PIN kad ATM/debit Anda.
  7. Klik Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam.
  8. Seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat. Cara Daftar IB Bank Islam
  9. Customer Name, masukkan nama penuh Anda.
  10. IC/ID: masukkan no kad pengenalan Anda.
  11. User ID: masukkan sebarang username yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda.
  12. Password, masukkan kata laluan yang Anda ingin gunakan. Contoh password: Saya@4321
  13. Confirm Password: masukkan sekali lagi kata laluan untuk mengesahkan.
  14. E-mail: masukan alamat email yang selalu Anda gunakan.
  15. Mobile Number: masukkan no handphone Anda yang aktif.
  16. Private Word: masukkan kata rahsia yang Anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan akaun Anda.
  17. Select One Private Image: pilih gambar yang Anda ingin gunakan untuk keselamatan akaun Anda.
  18. Secret Question dan Secret Answer: sila pilih 3 soalan secara rawak dan Anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut.
  19. Klik Submit.
  20. Pada laman ini, Anda akan dipaparkan semula semua maklumat yang telah Anda isikan. Langkah selanjutnya sila sahkan klik Confirm.
  21. Check handphone Anda, Anda akan menerima SMS yang menyatakan bahawa pendaftaran no handphone untuk IAC berjaya.
  22. Tahniah pendaftaran Anda berjaya dan Anda dapat log masuk ke akaun baru Bank Islam Anda.

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda dapat hubungi Bank Islam melalui:

  • General Line : +603 2088 8000
  • Contact Centre : +603 26 900 900
  • Email : contactcenter@bankislam.com.my
  • Facebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB

Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Diharapakan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.