Cara Daftar Bank Muamalat Online
Cara Daftar Bank Muamalat Online

Cara Daftar Bank Muamalat Online

Pelanggan Bank Muamalat boleh mendaftar perkhidmatan perbankan online i-Muamalat untuk membuat transakasi secara online pada bila-bila masa. Hal pertama yang mesti dilakukan iaitu mendaftar Bank Muamalat online banking (i-Rakyat) www.i-muamalat.com.my

Selepas Anda mendaftar online banking i-Muamalat, Anda boleh membuat sebarang transaksi seperti transfer duit, check balance, top up, bayar bil air, bil elektrik, insurans dan banyak lagi.

Bagaimana cara register i-Muamalat atau cara daftar Bank Muamalat online banking? Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Syarat Daftar i-Muamalat

Adakah syarat yang mesti sedia ada sebelum mendaftar i-Muamalat? Tentu sahaja ada. Anda hanya perlu menyediakan syarat seperti:

  • Kad Pengenalan/IC
  • Kad Debit/Kredit
  • Nombor telefon aktif yang telah berdaftar kat Bank Muamalat.

Sekiranya nombor telefon Anda tidak berdaftar, boleh kemaskini no telefon Bank Muamalat terlebih dahulu.

Cara Daftar Bank Muamalat Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
  2. Klik First Time Registration. Laman Login Bank Muamalat
  3. Sila baca Terms&Conditions, lalu klik Accept jika setuju. Kemudian, klik Next. Terma dan Syarat Bank Muamalat
  4. Masukkan Debit/Credit Card Number pada ruangan yang tersedia sebanyak 16 digit (nombor tersebut boleh didapati di bahagian depan kad)First Time Registration Bank Muamalat
  5. Seterusnya, pilih Identity Type yang Anda inginkan, lalu masukkan pada bahagian Identity Number.
  6. Pada Mobile Number for TAC, masukkan nombor handphone Anda yg aktif untuk dihantar nombor TAC.
  7. Kemudian, klik Next.
  8. Masukkan Username yang Anda inginkan pada ruangan yang tersedia (username mesti Alpanumeric)Username dan Password Bank Muamalat
  9. Pada New Password masukkan kata laluan yang Anda inginkan pada ruangan yang tersedia (mesti Alphanumeric)
  10. Masukkan semula kata laluan pada bahagian Confirm New Password.
  11. Sila pilih Security Image yang Anda inginkan, kemudian klik Next.
  12. Jika pendaftaran berjaya, akan dipaparkan bahawa Anda berjaya. Pendaftaran Berjaya Bank Muamalat
  13. Selesai.

Cara Aktifkan Akaun i-Muamalat

Setelah Anda membuat pendaftar, Anda dinasihatkan untuk segera call Customer Service Bank Muamalat di 1-300-88-8787, pihak bank akan buat pengesahan dengan Anda. Kemudian, Anda dapat login ke akaun Anda dengan menggunakan akaun baru. Baca panduan cara login Bank Muamalat online.

Tak Boleh Login Selepas First Time Registration i-Muamalat?

Perkara tersebut berlaku kerana akaun internet banking Anda belum aktif. Sila call customer service bank muamalat pada 03 2600 5500. Kemudian tekan pilihan 4, minta untuk diaktifkan.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Muamalat, Anda boleh menghubungi Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500