Cara Daftar Bank Rakyat Online
Cara Daftar Bank Rakyat Online

Cara Daftar Bank Rakyat Online

Bank Rakyat mempunyai perkhidmatan perbankan internet iRakyat bagi menjalankan transaksi kewangan secara atas talian. i-Rakyat menawarkan Anda cara yang selamat dan pantas untuk membuat transaksi perbankan.

Dengan perkhidmatan internet banking iRakyat, Anda boleh semak baki akaun Bank Rakyat, pindahan dana, bayar bil, bayar pinjaman dan transfer kepada Bank lain dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sehingga menjimatkan masa.

Berikut adalah panduan cara daftar Bank Rakyat online banking iRakyat.

Langkah Pertama Daftar Bank Rakyat Online First Time

Berikut adalah langkah awal yang perlu Anda lakukan, iaitu mendaftar di ATM untuk dapatkan T-PIN dan kemaskini no telefon Bank Rakyat.

  1. Anda mesti pergi ke mesin ATM.
  2. Masukkan PIN ATM Anda.
  3. Tekan menu Others.
  4. Tekan menu Internet Banking T-PIN.
  5. Masukkan nombor telefon dan T-PIN.
  6. Selesai.

Cara Daftar Bank Rakyat Online Guna Kad Debit-i/Credit Card-i

Setelah Anda mendapatkan T-PIN dan kemaskini no telefon Bank Rakyat, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Klik Register.
  4. Klik I have a Bank Rakyat Kad Debit-i/Credit Card-i
  5. Pada Card type, sila pilih jenis kad Anda. Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking
  6. Masukkan Nombor Kad Debit-i Anda. Cara Daftar Internet Banking Bank Rakyat
  7. Masukkan Nombor Handphone yang Anda daftarkan di Bank Rakyat.
  8. Masukkan Nombor PIN Kad Anda (6 digit)
  9. Pada State, sila pilih Negara yang Anda daftarkan Bank Rakyat.
  10. Pada Branch Name, masukkan cawangan Bank Rakyat.
  11. Klik Next.
  12. Masukkan No TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  13. KLik Submit.
  14. Masukkan Username yang Anda inginkan. (mesti 6-20 alphanumeric)
  15. Pada New Password, masukkan password yang Anda inginkan.
  16. Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi password Anda untuk di sahkan.
  17. Pada Email Address, masukkan alamat email Anda.
  18. Pada Preferred Name, sila isikan nama pilihan yang Anda inginkan (optional)
  19. Masukkan Secure Phrase Anda.
  20. Kemudian, pilih Warna keselamatan Anda.
  21. Sila baca terlebih dahulu Terma dan Syarat, jika bersetuju klik Accept.
  22. Seterusnya, klik Submit.
  23. Tahniah, Anda berjaya daftar Bank Rakyat Online guna Kad Debit-i/Credit Card-i.

Setelah berjaya mendaftar, sila coba login Bank Rakyat online untuk semak baki akaun Bank Rakyat terkini.

Cara Daftar Bank Rakyat Online Guna Temporary ID

Selain menggunakan Kad Debit-i/Credit Card-i, adapun cara daftar Bank Rakyat menggunakan Temporary ID sebagai berikut:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login>Personal Banking.
  3. Klik Register.
  4. Klik I have a Bank rakyat Temporary ID
  5. Masukkan Temporary ID yang Anda peroleh dari Customer Service.
  6. Masukkan kod TAC yang dihantar melalui nombor handphone Anda.
  7. Klik Submit.
  8. Masukkan Username yang Anda inginkan (mesti 1-40 alphanumeric)
  9. Pada New Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan (mesti 8-20 alphanumeric)
  10. Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan untuk di sahkan.
  11. Pada Email Address, masukkan alamat email Anda.
  12. Pada Preferred Name, isikan nama pilihan Anda (optional)
  13. Masukkan Secure Phrase Anda.
  14. Sila pilih warna keselamatan yang Anda ingikan.
  15. Sila baca Terma dan Syarat, klik Accept jika bersetuju.
  16. Klik Submit.
  17. Tahniah, Anda berjaya daftar Bank Rakyat guna Temporary ID

Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Sekiranya ada sebarang pertanyaan Anda boleh menghubungi Call Center Bank Rakyat di 1-300-80-5454 (local) atau +603-5526-9000 (international).