Cara Daftar BSN Online
Cara Daftar BSN Online

Cara Daftar BSN Online

BSN online banking (myBSN) menawarkan perkhidmatan online bagi memudahkan para pelanggan melakukan pelbagai aktiviti perbankan seperti check baki, bayar bil, bayar kad credit, transfer bank dan banyak lagi.

Sekarang pelanggan dapat mendaftar perkhidmatan internet banking BSN dengan mudah tanpa perlu lagi ke pergi kaunter atau pejabat bank, kerana BSN menyediakan pendaftaran perkhidmatan internet banking BSN melalui online. Anda hanya perlu sediakan komputer/handphone yang mempunyai sambungan internet sahaja.

Syarat Daftar BSN Online

Sebelum Anda mendaftar, ada beberapa syarat yang mesti Anda sediakan iaitu:

  • Debit/Credit Card Number(Nombor Kad Anda)
  • Debit/Credit Card Pin (PIN Kad Anda)
  • Registered Mobile Number (Nombor handphone yang terdaftar di BSN)

Nota: Jika nombor handphone Anda belum terdaftar di sistem BSN, Anda dinasihatkan untuk pergi ke cawangan bank terdekat untuk kemaskini nombor handphone Anda. Kemaskini nombor handphone tak boleh dibuat secara online.

Cara Daftar BSN Online

Jika Anda sudah menyediakan senarai syarat di atas, sila ikuti panduan cara daftar BSN online banking di bawah:

  1. Sila buka portal https://www.mybsn.com.my
  2. Klik Register.
  3. Sila baca Terma dan Syarat pada laman First Time Registration. Terma dan Syarat BSN
  4. Tick/tandakan Accept jika setuju, lalu klik butang Next. First Time Registration MyBSN
  5. Masukkan Debit/Credit Card Number (16 digit)Kad Bahagian Depan
  6. Masukkan CVV2 (lihat bahagian belakang kad debit/credit Anda)Kad Bahagian Belakang
  7. Masukkan Expiry Date no. kad Anda.
  8. Sila masukkan sekurang-kurangnya salah satu no. IC/Old IC/Passport untuk meneruskan daftar.
  9. Klik Next.
  10. Seterusnya, masukkan Username yang Anda mahu gunakan.
  11. Masukkan Kata Laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka)
  12. Masukkan kod OTP yang di hantar ke nombor handphone Anda.
  13. Pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image.
  14. Gambar tersebut digunakan untuk proses pengesahan, dan Anda dinasihatkan menukar Online Image Anda setiap bulan.
  15. Tahniah, pendaftaran BSN online banking berjaya.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai cara daftar myBSN online banking Anda boleh hubungi customer care BSN di 1 300 88 1900 atau Anda boleh pergi ke cawangan bank terdekat.

Diharapkan maklumat yang kami kongsi boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.