Cara Daftar Hong Leong Bank Online
Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Hong Leong Bank (HLB) menawarkan perkhidmatan perbankan online bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat aktiviti perbankan seperti bayar loan, check baki, bayar bil, bayar kad credit, transfer bank dan banyak lagi.

Sekarang pemegang akaun Hong Leong Bank dapat mendaftar perkhidmatan internet banking Hong Leong Connect dengan mudah. Anda hanya perlu sediakan komputer/handphone yang mempunyai sambungan internet sahaja.

Sila ikuti panduan cara daftar Hong Leong Connect online di bawah ini.

Syarat Daftar Hong Leong Connect

Berikut adalah senarai syarat yang perlu sedia ada sebelum membuat pendaftaran Hong Leong Bank online.

  • Pastikan Anda berumur 18 tahun.
  • Mempunyai Kad Debit Hong Leong atau simpanan Hong Leong/Akaun Semasa.
  • Nombor handphone berdaftar kat Hong Leong Bank.
  • Maklumat peribadi yang Anda serahkan kepada bank semasa membuka akaun bank.

Mengapa perlu kemaskini no telefon Hong Leong Bank? Supaya nombor TAC dapat di hantar melalui SMS. Sila kemaskini no telefon Hong Leong Bank Anda. Baca panduan cara tukar no telefon Hong Leong Bank.

Cara Daftar Hong Leong Bank Online

Sila ikuti langkah-langkah cara daftar Hong Leong Connect Online:

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong di www.hongleongconnect.my
  2. Klik Register For Online Banking.
  3. Sila pilih ID Type, lalu masukkan pada ID Number. HLB Register
  4. Klik Next.
  5. Sila isikan pada Select Verification ID.
  6. Pada Debit Card Number, masukkan 16 digit nombor kad debit.
  7. Pada Debit Card PIN, masukkan 6 digit PIN Kad Anda.
  8. Masukkan TAC Number yang dihantar melalui SMS ketika Anda kemaskini.
  9. Sila masukkan Username yang Anda ingin gunakan.
  10. Pada Password, masukkan kata laluan yang Anda ingin gunakan.
  11. Pilih Gambar Keselamatan Anda.
  12. Pada Email Address, masukkan alamat email untuk menerima notifikasi.
  13. Isikan Create Security Question.
  14. Tahniah, pendaftaran Anda berjaya.

Anda dinasihatkan untuk simpan atau save maklumat seperti username dan password Anda agar tak terlupa, sila catat kat buku. Setelah pendaftaran berjaya, sila baca panduan cara login Hong Leong Bank online.

Cara Daftar Hong Leong Bank Online Melalui HLB Connect Mobile Banking App

Selain cara yang dinyatakan diatas, Anda boleh daftar melalui aplikasi Hong Leong Connect. Sila muat turun HLB Connect Mobile Banking App di Google Playstore atau Appstore secara percuma. Selepas Anda muat turun sila ikuti langkah-langkah di bawah ni:

  1. Sila buka aplikasi Hong Leong Connect Anda.
  2. Klik Register Here.
  3. Sila isikan butiran-butiran maklumat yang tertera.
  4. Masukkan Username yang Anda inginkan.
  5. Masukkan Password yang Anda inginkan.
  6. Masukkan Nombor TAC yang dihantar melalui Handphone Anda.
  7. Tahniah, pendaftaran Anda berjaya.

Sekiranya ada pertanyaan mengenai Hong Leong Bank Anda dapat hubungi di 03 7626 8899. Anda boleh hubungi pada jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu.