Cara Daftar HSBC Online
Cara Daftar HSBC Online

Cara Daftar HSBC Online

Pelanggan HSBC boleh membuat transaksi secara online melalui perkhidmatan yang disediakan oleh HSBC. Perkhidmatan perbankan tersebut dikenali HSBC online banking yang mempunyai ciri check baki, transfer duit, top up, bayar pinjaman, bayar bil, check penyata bank dan banyak lagi.

Untuk menggunakan perkhidmatan HSCB online banking, pelanggan mesti mendaftar terlebih dahulu. Lalu, bagaimana cara daftar HSBC online? Tak perlu  risau, cara register HSCB online banking sangat mudah.

Sila ikuti langkah-langkah cara mendaftar HSBC online banking di bawah ini.

Syarat Daftar HSBC Online Banking

Sebelum Anda mendaftar HSBC online banking, Anda perlu menyiapkan beberapa syarat iaitu:

  • No Kad Debit, atau
  • No Kad Credit, atau
  • Phone banking number dan PIN

Setelah itu Anda perlu aktifkan kad debit/kad credit/phone banking dan PIN.

Cara Aktifkan Kad Credit dan PIN

Sila aktifkan dan siapkan PIN HSBC terlebih dahulu dengan cara:

  1. Hubungi hotline pengaktifan kad 24 jam HSBC: +603 8321 8999.
  2. Tekan 1 untuk mengaktifkan kad kredit. Ikut arahan yang diberikan dan aktifkan kad.
  3. Setelah Anda menyelesaikan langkah pengaktifan, tekan 2 untuk membuat PIN kad kredit Anda.

Cara Aktifkan Kad Debit dan PIN

  1. Hubungi hotline pengaktifan kad 24 jam HSBC: +603 8321 8999.
  2. Tekan 2 untuk PIN Kad Debit. Masukkan NRIC / Nombor Pasport Anda, diikuti dengan 4 digit terakhir nombor Kad Debit Anda.
  3. Kod keselamatan 6 digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit Anda yang didaftarkan.
  4. Masukkan kod keselamatan 6 digit untuk menyelesaikan pembuatan PIN Anda. Masukkan PIN 6 digit baru, masukkan semula PIN untuk mengesahkan.

Cara Aktifkan Phone Banking dan PIN

  1. Hubungi talian hotline perkhidmatan telebanking HSBC di 1300 88 1388 atau 1300 88 9393 (pemegang akaun Premier).
  2. Untuk pelanggan Deposit HSBC, Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut: Nombor Kad Debit 16 digit atau nombor Kad Pengenalan (IC) dan PIN Kad Debit
  3. Untuk pelanggan Kad Kredit HSBC, Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut untuk tujuan pengesahan: Nombor Kad Pengenalan (IC)

Nota: Sekiranya Anda terlupa atau salah meletakkan nombor perbankan telefon Anda, sila hubungi pusat hubungan atau kunjungi cawangan terdekat HSBC untuk mendapatkan bantuan atau baca panduan cara tukar no telefon HSBC.

Cara Daftar HSBC Online Banking

Sila ikuti langkah-langkah cara daftar HSBC online banking di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
  2. Klik Register.
  3. Klik Register for Online Banking.
  4. Anda dapat memilih sahkan identitas dengan memilih pada tiga pilihan yang tertera.
  5. Klik Credit Card Number/Phone Banking Number/Debit Card Number. Pada contoh kali ini kami pilih Credit Card Number Verify your identity
  6. Masukkan Nombor Credit Card Anda pada ruangan yang tersedia. Credit Card Number
  7. Sila jawab pertanyaan yang tertera. Klik Yes/No.
  8. Klik Register with your mobile. Register Your Mobile
  9. Masukkan Tarikh Lahir Anda.
  10. Masukkan 3 digit terakhir nombor telefon Anda Anda pada ruangan yang tersedia.
  11. Klik Continue.
  12. Sila masukkan 6 digit kod yang dihantar ke handphone melalui SMS. Verification HSBC
  13. Klik Continue.
  14. Seterusnya, masukkan Username yang Anda inginkan. Create new log on HSBC
  15. Pada Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan.
  16. Masukkan sekali lagi kata laluan pada Confirm Password.
  17. Klik Continue.
  18. Kemudian, sila pilih Security question. Create Security Question
  19. Serta isikan jawapan pada Security answer.
  20. Isikan semula Confirm security answer.
  21. Klik Continue.
  22. Sila baca Terms and Conditions, kemudian tick kotak kecil jika Anda setuju. Terma dan Syarat HSBC
  23. Kemudian, klik Continue.
  24. Tahniah, kini Anda berjaya daftar HSBC.

Cara Daftar HSBC Melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC

Anda pun boleh daftar HSBC melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC, aplikasi tersebut boleh di muat turun di Google Play Store atau AppStore secara percuma, selepas Anda muat turun, sila ikuti langkah-langkah sebagai berikut:

  1. Sila buka aplikasi HSBC Anda.
  2. Klik Not Registered for online banking.
  3. Klik kotak I accept the Terms & Conditions.
  4. Klik Continue.
  5. Sila sahkan identity Anda menggunakan Debit Card PIN/Credit Card PIN/Credit card number, date of birth & mobile number/Phone banking PIN.
  6. Klik Continue.
  7. Masukkan Username yang Anda inginkan (6-30 kata dan mengandungi abjad&nombor)
  8. Klik Continue.
  9. Masukkan Password yang Anda inginkan pada ruangan Create Password.
  10. Sahkan semula password pada ruangan Confirm Password.
  11. Klik Continue.
  12. Pada Choose a security question, masukkan soalan keselamatan.
  13. Seterusnya, klik Continue.
  14. Pada Answer security question, tentukan jawapan untuk soalan keselamatan.
  15. Pada ruangan Confirm Answer, sahkan jawapan tersebut.
  16. Klik Continue.
  17. Pada ruangan Enter your new 6-digit PIN.
  18. Anda akan terima SMS yang mengesahkan Mobile Secure Key Anda telah berjaya diaktifkan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai HSBC Anda boleh hubungi:

  • Nombor panggilan tempatan: 1300 88 9393
  • Nombor panggilan antarabangsa: +603 8321 5208
  • Nombor panggilan antarabangsa (Call Collect): +603 8321 5222
  • Waktu operasi: 24 jam

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu. Untuk maklumat lain sila check artikel di bawah ini.