Cara Daftar KFH Online
Cara Daftar KFH Online

Cara Daftar KFH Online

Kuwait Finance House (KFH) menyediakan pelbagai produk-produk dan perkhidmatan berasaskan Syariah Islam, meliputi perbankan, hartanah, kewangan perdagangan, portofolio pelaburan dan lainnya.

Selain menawarkan pelbagai produk, KFH jugak menyediakan perkhidmatan perbankan yang dikenali sebagai KFH Online. KFH Online boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membantu memudahkan transaksi perbankan secara online seperti bayar bil, top up, check baki dan banyak lagi.

Sekiranya Anda mahu menggunakan perkhidmatan KFH Online, Anda mestilah mendaftar terlebih dahulu. Berikut kami kongsikan cara daftar KFH Online.

Cara Daftar KFH Online

Sila ikuti panduan dan langkah-langkah cara daftar Kuwait Finance House online di bawah ni:

  1. Lawati pautan rasmi KFH https://www.kfhonline.com.my
  2. Klik Register Now. Register Now KFH
  3. Sila pilih Anda daftar menggunakan apa, ATM/Debit Card atau Credit Card.
  4. Sila baca terlebih dahulu Terms and Conditions, klik Accept jika bersetuju.
  5. Pada Account Number, masukkan nombor akaun milik Anda sebanyak 12 digits. Cara Daftar KFH Online
  6. Pada ATM card number, masukkan nombor Kad ATM Anda 16 digits.
  7. Pada ATM PIN Number, masukkan nombor PIN ATM.
  8. Pada Type the code shown, masukkan code captcha yang dipaparkan.
  9. Klik Next.
  10. Masukkan Username yang Anda inginkan, klik Next.
  11. Masukkan Password yang Anda inginkan, sahkan semula password pada Confirm New Password.
  12. Klik Next.
  13. Pada halaman Register Security Question & Answer sila jawab 3 pertanyaan rawak yang disediakan.
  14. Sahkan jawapan, klik Next.
  15. Seterusnya, masukkan Nombor Handphone Anda yang aktif kerana akan dihantar kod TAC melalui sms.
  16. Setelah berhasil, hubungi Contact Center 1300 888 KFH (534) untuk mengaktifkan akses KFH Online Anda.
  17. Setelah aktifkan, klik Proceed to Login.
  18. Selesai.

Sekarang sila baca panduan cara login KFH online untuk memastikan bahawa Anda telah berjaya mendaftar. Kemudian cuba semak baki akaun KFH online untuk melihat maklumat baki Anda.

KFH Malaysia telah meningkatkan ciri keselamatan KFH Online. Peningkatan ini merangkumi pengenalan Frasa Keselamatan, TAC untuk pertama kali transaksi penerima yang didaftarkan dan had transaksi pertukaran terbuka maksimum yang dibenarkan.

Perubahan yang diperkenalkan akan mempengaruhi keseluruhan pengalaman perbankan dalam talian pelanggan secara positif, selamat dan terjamin.