Cara Daftar Maybank2u Online
Cara Daftar Maybank2u Online

Cara Daftar Maybank2u Online

Perbankan online sangat penting di zaman sekarang ini, apatah lagi sekarang ini banyak transaksi dilakukan secara online. Maybank sebagai salah satu bank terbaik di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan internet banking Maybank2u yang boleh digunakan oleh setiap pelanggan pada bila-bila masa.

Jika Anda merupakan salah satu pemegang akaun Maybank, Anda perlu daftar Maybank2u agar memudahkan setiap transaksi yang dibuat secara online. Ada banyak transaksi yang boleh dilakukan melalui Maybank2u seperti, semakan baki akaun Maybank, pembayaran bil, topup, transfer, pemindahan dana dan banyak lagi.

Jika Anda belum membuat pendaftaran Maybank2u online, berikut kami akan tunjukkan panduan cara daftar maybank2u online banking dan cara kemaskini no telefon Maybank2u.

Kemaskini Nombor Handphone Maybank2u

Sebelum Anda membuat pendaftaran Maybank2u online, Anda perlu kemaskini nombor handphone terlebih dahulu, langkah ini perlu dilakukan sekiranya Anda telah menukar no telefon lama dengan yang baru. Kemaskini nombor telefon ini boleh dilakukan melalui mesin ATM Maybank atau kaunter Maybank.

Kemaskini No Handphone Melalui Mesin ATM

Sila Anda pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank yang berhampiran dan ikuti langkah di bawah:

  1. Masukkan kad Debit/ATM.
  2. Masukkan Nombor PIN ATM Anda.
  3. Klik Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
  4. Pilih Kemaskini Tel.Bimbit M2u TAC.
  5. Akan keluar sistem amaran dan klik Teruskan.
  6. Sila masukkan Nombor Handphone Anda.
  7. Klik Ya.
  8. Kemaskini nombor handphone berjaya.

Kemaskini Nombor Handphone di Kaunter Maybank

Jika Anda ingin mengemas kini nombor handphone di kaunter, Anda hanya perlu membawa kad pengenalan dan mestilah pemilik akaun tersebut, kemudian cakap kepada pegawai kaunter bahawa Anda ingin kemaskini nombor handpone Maybank. Pegawai bank akan senang bantu Anda.

Cara Daftar Maybank2u Online

Selepas Anda kemaskini nombor handphone, sila ikuti langkah-langkah cara register Maybank2u di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
  2. Klik Register Now pada bahagian atas.Register Maybank2u
  3. Masukkan nombor Card/Access Number milik Anda.Create Account
  4. Masukkan PIN Kad Maybank2u Anda.
  5. Tick pada bulatan kecil I Agree With The Terms&Conditions, klik Continue.
  6. Nombor OTP akan dihantar melalui nombor yang telah kita kemaskini tadi.
  7. Isikan butiran butiran yang diminta.
  8. Masukkan Username yang Anda inginkan. Butiran maklumat Maybank2u
  9. Masukkan Password yang Anda inginkan. Mesti 8 hingga 12 huruf dan nombor. Contoh password: UpinIpin12#
  10. Masukkan Confirm Password.
  11. Masukkan Email Address yang aktif.
  12. Promo Code boleh diabaikan sahaja.
  13. Masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS.
  14. Klik Confirm.
  15. Seterusnya, Klik Upload Now. Upload Now Maybank2u
  16. Pilih Theme Image, klik Next.
  17. Isikan maklumat Security Phrase dan Challenge Question.Security Phrase
  18. Klik Submit.
  19. Tahniah, pendaftaran Anda berjaya.

Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Sekiranya ada sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Care Hotline:

  • 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Overseas)

Jadi itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga membantu.