Cara Kira Pinjaman Kereta
Cara Kira Pinjaman Kereta

Cara Kira Pinjaman Kereta

Macam mana nak tahu cara kira pinjaman kereta baru dan terpakai? Adakah cara yang memudahkan untuk ketahui maklumat tersebut secara cepat dan terperinci?

Tak perlu risau, kami akan kongsikan cara nak kira pinjaman kereta pelbagai model di Malaysia yang boleh membantu Anda dan pelajari sebelum beli kerata.

Cara Kira Pinjaman Kereta Secara Manual

Macam mana cara nak dapat menghitung pinjaman kereta dengan tepat tanpa menggunakan kalkulator?

Sekiranya Anda mahu mengetahi keseluruhan proses pinjaman tanpa gunakan kalkulator pinjaman kereta yang disediakan secara online, Anda boleh gunakan cara ini.

1. Ketahui Jumlah Ansuran

Cara ini boleh membantu Anda mengetahui jumlah ansuran bulanan yang mesti Anda bayar. Pastikan Anda mengetahui terlebih dahulu:

  1. Jumlah Pinjaman = Harga Kereta – Jumlah Deposit (Down Payment) Dibayar
  2. Jumlah Tahun Tempoh Pinjaman
  3. Kadar Faedah Diberikan ( bergantung kepada bank)

2. Dapatkan Jumlah Ansuran Bulanan

  1. Anda mesti ketahui dahulu Jumlah Faedah Kereta.
  2. Kiraanya iaitu: (Kadar faedah/100) x Jumlah Pinjaman x Jumlah Tahun Tempoh Pinjaman = Jumlah Faedah Kereta
  3. Kemudian, kira pula Jumlah Faedah Bulanan yang mesti dibayar.
  4. Kiraannya iaitu: (Jumlah Faedah Kereta/Jumlah Tahun Pinjaman x 12)=  Jumlah Faedah Bulanan
  5. Anda boleh kira jumlah Ansuran Bulanan ini termasuk faedah bulanan yang dikenakan.
  6. Formula untuk mengira jumlah ansuran bulanan iaitu: (Jumlah Pinjaman + Jumlah Faedah Kereta/ Jumlah Tahun Tempoh Pinjaman x 12) = Ansuran Bulanan
  7. Tahniah, kini Anda berjaya mengira jumlah faedah yang Anda perlu bayar, jumlah faedah yang perlu dibayar secara bulanan dan ansuran bulanan kereta Anda.

3. Dapatkan Jumlah Ansuran Bulanan Terperinci

Anda mesti melihat contoh berdasarkan situasi semasa.

misalnya: Anda membeli Perodua Axia 1.0 E Manual yang berharga RM25,000 pada kadar faedah 3,3% (CIMB Hire Purchase) untuk dibayar selama 5 tahun.

Anda mesti bayar deposit sebanyak RM1,000

Formula yang akan Anda guna adalah seperti ini:

  1. Jumlah Pinjaman = RM25,000 – RM1,000
  2. Jumlah Tahun Tempoh Pinjaman = 5
  3. Kadar Faedah Diberikan (Bergantung Kepada Bank) = 3,3%

Kemudian, Anda gunakan formula di bawah dan jalan kira ditunjukkan:

  1. Jumlah faedah kereta (3,3/100) x 24,000 x 5 = RM3,960
  2. Jumlah faedah bulanan yang mesti dibayar (3,900/(5 x 12) = RM66
  3. Jumlah ansuran bulanan termasuk faedah bulanan yang mesti dibayar (24,000 + 3,900) / (5 x 12) = RM466
  4. Maka, Anda mesti bayar RM466 setiap bulan setelah mendapat Perodua Axia tersebut.

Cara Mengira Pinjaman Kereta Secara Manual

Sila gunakan formula kira pinjaman manual di bawah.

BA = bayaran ansuran bulanan
JI = jumlah pinjaman
KF = kadar faedah tahunan (bermula 1 hingga 100)
TP = tempoh pinjaman dalam kiraan tahun

jadi,

BA = JI x ( 1 + (KF/100*9) ) / TP / 12

Contoh:

Azzam membuat pinjaman sebanyak RM200,000 (BA) bagi kereta terpakai dengan kadar faedah 3% (KF) setahun. Azzam akan membayar kesemua hutangnya dalam tempoh 9 tahun (TP). Berapakah ansuran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh Azzam setiap bulan?

BA = JI x ( 1 + (KF/100*9) ) / TP / 12
BA = JI x ( 1 + (3/100*9) ) / 9 / 12
BA = 200000 x ( 1 + 0.315 ) / 9 / 12
BA = 200000 x 1.315 / 9 / 12
BA = 263,000 / 9 / 12
BA = 2,435.18

Cara Mengira Pinjaman Kereta Secara Online

Ramai laman web yang memberi perkhidmatan kira pinjaman secara percuma. Sebenarnya setiap pembuat kereta menyediakan perkhidmatan untuk mengira pinjaman kereta, walau bagaimanapun tidak semua orang mahu beli kereta di pembuat tersebut, mungkin sahaja kereta yang mereka perlukan adalah kereta second/terpakai.

Sebagai contoh, Anda boleh gunakan perkdhimatan dibawah ini untuk kira pinjaman kereta baru dan terpakai.

Boleh juga Anda lawati pautan rasmi kereta pilihan Anda seperti Honda dan Toyota bagi menggunakan loan calculator mereka sendiri.

Anda boleh gunakan kalkulator ini, sekiranya Anda ingin mengira pinjaman kereta terpakai atau second-hand.

Anda mesti tahu bahawa kadar faedah yang diberikan adalah berbeza mengikut bank yang mana yang Anda pilih.

Setelah Anda mengetahui cara kira loan kereta tersebut dan ingin beli kereta baru atau terpakai. Pastikan untuk ingat selalu, bahawa ansuran bulanan kereta mestilah di bayar sepanjang tempoh pinjaman. Sekiranya Anda tak bayar, mungkin sahaja nama Anda akan di senarai hitamkan di BNM. Bagi Anda yang perlukan duit segera, sila baca panduan cara dapatkan pinjaman wang segera 24 jam tanpa dokumen.