Cara Login Affin Bank Online
Cara Login Affin Bank Online

Cara Login Affin Bank Online

AffinOnline.com merupakan perkhidmatan berasaskan online yang disediakan oleh Affin Bank. Perkhidmatan ini menawarkan cara yang selamat dan mudah untuk membuat transaksi perbankan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Untuk akses Affin Bank online banking, Anda perlu sediakan handphone/smartphone atau laptop/komputer yang mempunyai sambungan internet.

Untuk makluman, perkhidmatan ini tersedia kepada individu-individu, proprietor-proprietor tunggal, pemegang-pemegang akaun utama dan akaun bersama yang mempunyai satu atau lebih akaun seperti Akaun Deposit Tetap, Akaun Pinjaman, Akaun Sewa Beli, Kad Kredit, Akaun Simpanan, Akaun, dan Semasa.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu, sila baca panduan cara daftar Affin Bank online. Setelah mendaftar, Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti perbankan seperti bayar bil, check baki, top up, bayar loan, pemindahan dana dan banyak lagi.

Anda boleh memohon akses AffinOnline dengan langkah-langkah yang mudah berikut:

1. Bagi Pelanggan-pelanggan Kad Bank / Kad Kredit Affin

Anda perlu menjadi pemegang Kad Bank Akaun Simpanan / Akaun Semasa atau Pemegang Kad Kredit Affin dan Anda mestilah mempunyai nombor dan PIN kad.

2. Bagi Pelanggan-pelanggan Bukan Kad Bank / Kad Kredit Affin

Sekiranya Anda tidak mempunyai kad kredit atau kad debit, Anda masih boleh memohon pendaftaran AffinOnline menggunakan kad virtual dan PIN di mana-mana pejabat/cawangan Affin Bank terdekat.

Sila kunjungi cawangan Affin Bank yang terdekat untuk mendaftarkan nombor telefon mudah alih Anda bagi penerimaan Kod Pengesahan Transaksi (TAC).

Cara Login Affin Bank Online

Jika Anda telah mempunyai akaun Affinonline dan tidak tahu bagaimana cara login Affin Bank online, sila ikuti panduan di bawah.

  1. Layari portal rasmi Affinonline
  2. Masukkan Username pada ruangan yang tersedia. Login Affin Online
  3. Klik Login.
  4. Tick pada bahagian Yes this is my Secure Word and Image jika itu Secure Word Anda. Secure Word
  5. Kemudian, masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login sekali lagi.
  7. Tahniah, Anda berjaya login akaun Affin Bank Anda.

Tak Boleh Login Affin Bank Online

Jika Anda mendapat masalah kerana tak boleh log masuk Affin Online, boleh jadi kerana akaun Anda disekat atau Anda lupa username dan password Affin Bank online.

Untuk selesaikan masalah tersebut, sila hubungi customer service melalui nombor rasmi Affin Bank berikut 1800-88-3883. Kemudian Anda perlu menyediakan dokumen seperti kad pengenalan dan kad debit/credit bagi tujuan proses pengesahan.