Cara Login Alliance Bank Online
Cara Login Alliance Bank Online

Cara Login Alliance Bank Online

Perbankan internet AllianceOnline dapat memudahkan Anda membuat urusan perbankan lebih mudah dan selamat. Urusan perbankan kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa serta pada beberapa peranti mudah alih elektronik atau digital.

Sebelum Anda mengetahui cara login Alliance Bank online, sila amalkan langkah keselamatan semasa melakukan transaksi kewangan secara dalam talian di AllianceOnline. Sebagai pemilik akaun AllianceOnline, Anda dinasihatkan agar mengambil langkah-langkah keselamatan semasa melakukan transaksi kewangan secara dalam talian terutamanya untuk urusan perbankan.

  1. Sentiasa memastikan bahawa alamat sesawang atau pautan atau URL bank AllianceOnline adalah betul kat https://www.alliancebank.com.my
  2. Pastikan maklumat log masuk dan kata laluan Anda tidak didedahkan atau dirahsiakan.
  3. Pastikan terdapat 2 faktor pengesahan bagi memastikan keselamatan akaun Alliance Bank Anda tidak terjejas. Contohnya seperti kod pengesahan transakasi atau dikenali TAC melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
  4. Tingkatkan tahap kesukaran kata laluan.
  5. Mengakses akaun melalui satu sambungan rangkaian peribadi yang selamat dan tidak menggunakan WiFi di kawasan awam.
  6. Jangan klik pada mana-mana pautan/link yang diterima melalui emel, SMS atau lain-lain platform media sosial yang mencurigakan.
  7. Pantau akaun Anda sekerap mungkin.
  8. Pastikan aplikasi perbakan AllianceOnline adalah rasmi.

Cara Login Alliance Bank Online

Cara log masuk Alliance Bank secara online, Anda hanya perlu gunakan komputer/handphone/laptop dan jaringan internet yang berkualiti.

Jika Anda sudah mendaftar Alliance Bank, sila ikuti langkah cara login Alliance Bank. Namun, jika belum daftar Alliance Online, sila baca panduan cara daftar Alliance Bank online.

  1. Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.alliancebank.com.my
  2. Pada bahagian kanan atas, klik Login. Laman Utama Alliance Bank
  3. Pilih Alliance online. Alliance Online
  4. Masukkan Username akaun Alliance Bank Anda. Welcome To Alliance Online
  5. Klik Login.
  6. Tick I CONFIRM THIS IS MY SECURE PHRASE.
  7. Masukkan Password, kemudian klik Login. security phrase Alliance Bank
  8. Tahniah, Anda berjaya login.

Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah login di atas dengan teliti.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan mengenai Alliance Bank, Anda boleh hubungi atau lawati cawangan Alliance Bank pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam bekerja.