Cara Login Bank Muamalat Online
Cara Login Bank Muamalat Online

Cara Login Bank Muamalat Online

Adakah Anda tahu bahawa Bank Muamalat menyediakan perbankan online (Internet Banking) yang dapat Anda gunakan dalam melakukan sebarang transaksi online seperti semak baki, bayar bil air, bayar bil elektrik, bayar pinjaman dan banyak lagi.

Sekarang tak perlu kena pergi ke cawangan bank Muamalat hanya untuk sekadar check baki atau transfer duit, sila gunakan perkhidmatan Bank Muamalat online banking i-muamalat sahaja. Perkhidmatan ini boleh jimatkan masa Anda, sebab Anda boleh gunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Banyak pelanggan/pemegang akaun bank Muamalat baru yang tertanya-tanya, macam mana cara login Bank Muamalat online banking. Berikut kami kongsikan cara login i-muamalat.

Cara Login Bank Muamalat Online Banking

Sila ikuti langkah-langkah login Bank Muamalat online banking di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan Username pada ruangan yang tersedia.
  3. Klik Next.
  4. Tick, kotak kecil Yes, this is my chosen image, jika itu security image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda, seterusnya klik Login.
  6. Tahniah, Anda berjaya login.

Sebelum dapat login i-muamalat, pelanggan mesti mendaftar i-muamalat terlebih dahulu, sila baca panduan cara daftar i-muamalat.

FAQ Bank Muamalat

Berikut beberapa soalan lazim mengenai Bank Muamalat:

1. Sejauh manakah keselamatan i-Muamalat?

i-Muamalat telah menerima sijil keselamatan dari GlobalSign, sebuah pihak berkuasa perakuan keselamatan yang terkenal. Ini untuk mengesahkan bahawa laman web i-Muamalat adalah sahih dan mematuhi standard industri terbaik.

Transaksi yang dilakukan melalui i-Muamalat juga disulitkan menggunakan SSL 2048-bit. Selanjutnya bagi setiap transaksi wang, kod pengesahan tahap kedua yang dihantar terus ke nombor handphone Anda bertindah sebagai lapisan keselamatan tambahan.

2. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan i-Muamalat Internet Banking atau Mobile Banking App di luar negara?

YA, i-Muamalat dapat diakses di mana sahaja. Namun, bagi transaksi yang memerlukan TAC, handphone Anda perlu mengaktifkan perkhimatan perayauan mudah alih untuk menerima mesej dari Malaysia.

3. Adakah had transaksi wang harian?

Had lalai harian online yang dikongsi iaitu RM3,000.00. Pelanggan dapat menetapkan had mereka sendiri jika mereka melanggan versi penuh i-muamalat. Had ini terpisah dari had transaksi ATM.

4. Macam mana jika saya gagal mengakses i-Muamalat?

Jika percubaan Anda untuk masuk gagal walaupun setelah 3 kali mencuba, ID Pengguna Anda akan disekat. Anda dapat hubungi Talian Khidmat Pelangga Bank Muamalat di +60326005500 untuk membuka block akaun Anda setelah membuat pengesahan.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Muamalat, Anda boleh menghubungi Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500