Cara Login BSN Online
Cara Login BSN Online

Cara Login BSN Online

Ramai tertanya-tanya cara login BSN online banking, sebetulnya untuk log masuk BSN online banking mudah sahaja, yang mesti Anda sediakan iaitu username dan password yang telah berdaftar di myBSN.

MyBSN merupakan portal rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mengandungi semua perkara tentang BSN, maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

myBSN membolehkan Anda membuat pelbagai aktiviti perbankan secara online dan bila-bila masa. Perkhidmatan yang boleh Anda gunakan ialah:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian PIN
  • dan banyak lagi

Amaran Keselamatan BSN Online

Anda dinasihatkan untuk log masuk di portal rasmi myBSN iaitu https://www.mybsn.com.my dan tetap berwaspada terhadap penipuan kewangan.

  • Jangan menjadi mangsa skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu menarik yang boleh memperdayakan Anda.
  • Jangan respon mana-mana panggilan telefon, SMS dan emel yang meminta butir-butir perbankan Anda.
  • Jangan dedahkan butir-butir akaun bank, ATM, PIN dan kata laluan perbankan internet Anda kepada mana-mana pihak.
  • Jangan ikuti arahan membuat transaksi bank atau menukar butir-butir akaun bank Anda daripada pihak yang tidak dikenali.

Sebelum login, Anda perlu mendaftar dahulu akaun BSN Anda. Sila baca panduan cara daftar BSN online yang telah kami kongsi sebelumnya.

Langkah ringkas untuk mendaftar iaitu:

  1. Anda telah mendaftarkan nombor handphone Anda untuk akaun BSN Anda.
  2. Anda mesti sediakan kad pengenalan, kad ATM/debit/kredit bagi memudahkan proses mendaftar internet banking BSN.

Jika Anda telah mendaftar perbankan internet BSN, sila ikuti langkah dibawah ini untuk cuba log masuk BSN online banking.

Cara Login BSN Online First Time Login

Ini merupakan langkah bagi first time login, iaitu pengguna yang mahu login kali pertama, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Lawati pautan rasmi MyBSN > https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username Anda semasa Anda mendaftarkan akaun myBSN.First Time Login MyBSN
  3. Klik Login utuk log masuk ke akaun MyBSN Anda.
  4. Sila buat pengesahan Online Image milik akaun Anda.
  5. Masukkan Kata Laluan akaun Anda.
  6. Selepas Anda dapatkan akses masuk, isikan maklumat peribadi Anda.
  7. Sila pilih jenis Soalan Rahsia yang Anda ingin jawab dan masukkan jawapan Anda.
  8. Tahniah, Anda berjaya login MyBSN online.

Cara Login BSN Online Banking

Namun, bagi pengguna yang telah mendaftar akaun MyBSN dan sudah pernah login, boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi MyBSN https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username Anda semasa Anda mendaftarkan akaun Anda.
  3. Klik Login untuk log masuk ke akaun MyBSN Anda.
  4. Sila buat pengesahan Online Image Anda.
  5. Masukkan Kata Laluan akaun Anda. Klik butang Login.
  6. Tahniah, Anda berjaya login.

Jika ada sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Care BSN di 1300 88 1900 atau Anda boleh kunjungi cawangan rasmi MyBSN.