Cara Login CIMB Bank Online
Cara Login CIMB Bank Online

Cara Login CIMB Bank Online

Sekarang ini lebih mudah melakukan transaksi kewangan melalui online banking sebabnya ialah kita tidak perlu lagi kena pergi ke cawangan bank hanya untuk sekadar transfer duit kepada orang lain. Yang Anda perlukan untuk melakukan transkasi kewangan secara online ialah hanya handphone/laptop dan sambungan internet.

Sebilangan besar bank di Malaysia mempunyai perkhidmatan perbankan internet termasuk CIMB Bank. CIMB mempunyai perkhidmatan CIMB Clicks yang boleh digunakan oleh pelanggan secara percuma dan mempunyai pelbagai ciri perbankan, selain itu CIMB Clicks cukup mudah digunakan oleh pelanggan.

Kelebihan CIMB Clicks

Setiap produk yang dikeluarkan mesti mempunyai kelebihan terbaik dari segi ciri dan perkhidmatan. Sama seperti apa yang telah dilakukan oleh CIMB Bank, terdapat pelbagai faedah dari CIMB Clicks yang Anda boleh dapatkan.

Berikut adalah manfaat yang dapat diperoleh dari CIMB Clicks.

  • Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata dan banyak lagi sepanjang 24/7
  • Pindahan wang ke penerima tempatan dan luar negara secara mudah. Dengan DuitNow, anda boleh memindahkan wang melalui nombor telefon mudah alih penerima.
  • Lebih 2,000 pengeluar bil JomPAY di seluruh negara. Bayar serta-merta atau jadualkan terlebih dahulu supaya anda tidak akan terlepas tarikh akhir.
  • Tidak perlu risau kekurangan kredit kerana anda boleh menambah nilai dengan serta-merta dan secara selamat, melalui CIMB Clicks.
  • Lakukan penempatan deposit tetap, pembelian unit amanah, pelaburan emas, eIPO, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), CIMB TravelCurrency dan banyak lagi.
  • Lakukan pembayaran tanpa tunai dengan segera semasa anda membuat pembayaran dengan aplikasi CIMB Clicks. Hanya imbas, bayar dan keluar.
  • Lihat dan tebus Mata ganjaran / Junior Points / Youth Points yang anda perolehi untuk ganjaran hebat.

Sebelum log masuk perkhidmatan CIMB Clicks, Anda mestilah mempunyai user ID dan password yang telah berdaftar di cimbclicks.com.my, sekiranya Anda belum mempunyai akaun CIMB Clicks, sila baca panduan cara daftar CIMB Bank online banking.

Cara Login CIMB Bank Online Banking

Sila ikuti panduan cara login CIMB internet banking di bawah:

  1. Lawati portal CIMB rasmi di https://www.cimbclicks.com.my
  2. Tekan butang Login to Clicks. Cara Login CIMBClicks Via Internet Portal Banking
  3. Masukkan User ID CimbClicks Anda. Cara Login CIMBClicks Via Internet Banking
  4. Tick/cek pada kotak Yes,this is My SecureWord.
  5. Lalu masukkan kata laluan Anda.
  6. Klik Butang Login. Cara Login CIMB Bank Online Banking
  7. Anda berjaya log masuk ke akaun CIMB Clicks Anda.

Cara Login CIMB Clicks Via Mobile Banking

Di bawah kami kongsikan bagaimana cara login CIMBClicks menggunakan aplikasi CIMB Clicks di handphone:

  1. Pertama sekali, sila muat turun aplikasi CIMB Clicks di App Store atau Playstore pada telefon bimbit Anda.
  2. Buka Aplikasi CIMBClicks di pada telefon bimbit Anda.
  3. Masukkan User ID.
  4. Pilih butang Yes untuk mengesahkan My SecureWord.
  5. Masukkan kata laluan anda. Cara Login CIMBClicks Via Mobile Banking
  6. Klik Butang Login.
  7. Anda berjaya log masuk ke akaun CIMBClicks pada telefon bimbit Anda.

Itulah panduan cara login CIMB Clicks online banking di aplikasi CIMBClicks dan melalui portal cimbclicks.com.my