Cara Login Hong Leong Bank Online
Cara Login Hong Leong Bank Online

Cara Login Hong Leong Bank Online

Hong Leong Connect atau HLB Connect iaitu perkhidmatan perbankan digital yang ditawarkan oleh Hong Leong Bank untuk setiap pelanggan yang mempunyai kad debit Hong Leong atau Akaun Semasa / simpanan serta berumur 18 tahun dan ke atas. Perkhidmatan HLB Connect dapat diakses 24 jam sehari.

Jika Anda adalah pelanggan atau pemegang akaun baru HLB dan tak tahu bagaimana cara nak login Hong Leong Bank online, tak perlu risau. Kami akan kongsikan cara login Hong Leong Bank online melalui laptop dan smartphone.

Sila ikuti panduan cara log masuk Hong Leong Bank online di bawah ini.

Cara Login Hong Leong Bank Online

Untuk dapat log masuk Hone Leong Bank online kat HLB Connect, Anda mesti punya akaun berdaftar kat HLB Connect. Sila baca panduan cara daftar Hong Leong Bank online.

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun HLB Connect, boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
  2. Pada Username, masukkan username akaun Anda. HLB Connect
  3. Klik Next.
  4. Tick kotak kecil Yes, this is my security picture. Jika gambar keselamatan tersebut betul milik Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda. HLB Login
  6. Klik Login.
  7. Tahniah, Anda berjaya Login.

Sekarang, cuba semak baki akaun Hong Leong Bank untuk mengetahui baki terkini.

Cara Login HLB Connect Mobile Banking

Cara Login HLB Connect Mobile Banking

HLB Connect Mobile Banking App merupakan aplikasi perbankan yang dilancarkan HLB untuk mempermudah aktiviti perbankan Anda, aplikasi ini dapat Anda gunakan pada bila-bila masa.

Ciri HLB Connect Mobile Banking App sama seperti ciri portal HLB Connect, jadi mudah sahaja menggunakan aplikasi ini.

  1. Muat turun atau download aplikasi HLB Connect Mobile Banking App di Google Playstore atau App Store di smartphone Anda.
  2. Buka aplikasi HLB Connect Mobile Banking App.
  3. Masukkan Username dan Password Anda.
  4. Klik Login
  5. Selesai.

FAQ Hong Leong Bank

Beberapa soalan lazim mengenai Hong Leong Bank online:

1. Siapa sahaja yang boleh mendaftar HLB Connect?

Semua pelanggan perbankan Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) dengan akaun aktif boleh mendaftar HLB Connect.

2. Bolehkah saya mengakses HLB Connect dari luar negara?

Ya boleh, HLB Connect dapat diakses dari mana sahaja di dunia selagi Anda mempunyai terminal komputer/handphone/eletronik pribadi lainnya dengan sambungan internet/ perkhidmatan data yang aktif.

3. Adakah bayaran dikenakan semasa menggunakan HLB Connect?

Tiada bayaran untuk menggunakan HLB Connect Online/App. Namun, bagi beberapa perkhidmatan perbankan yang ditawarkan di HLB Connect seperti pemindahan telegraf online, eWill/eWasiat dan Kad Kredit Quick Cash.

4. Berapa lama masa yang diperlukan untuk saya menerima pengesahan e-mel bagi ID Sementara saya jika saya tinggal di luar negara?

Proses ini akan memakan masa sehingga 3 hari bekerja.

5. Saya tidak dapat login ke aplikasi HLB Connect Online, apa yang mesti saya buat?

Penyebabnya iaitu:

  • Anda telah memasukkan kata laluan atau nama pengguna yang salah (pastikan Anda masukkan kata laluan dan nama pengguna dengan betul kerana akaun HLB Connect Anda akan disekat setelah beberapa percubaan masuk yang gagal.
  • Anda tidak login selama 12 bulan dan Akaun HLB Connect Anda menjadi tidak aktif.
  • Anda cuba login masuk ke akaun sambung Anda melalui Aplikasi HLB Connect pada peranti yang tidak dihubungkan/terikat dengan akaun HLB Connect Anda. Setiap Akaun HLB Connect hanya boleh dihubungkan/terikat ke Aplikasi HLB Connect pada hingga lima (5) peranti.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Hong Leong Bank Anda dapat hubungi di 03 7626 8899. Anda boleh hubungi pada jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu.