Cara Login HSBC Online
Cara Login HSBC Online

Cara Login HSBC Online

HSBC online banking merupakan perkhidmatan perbankan digital yang ditawarkan oleh Hongkong and Shanghai Banking Corporation (HSBC) untuk setiap pelanggan yang mempunyai kad debit/kad kredit atau phone banking serta berumur 18 tahun dan ke atas. Perkhidmatan perbankan HSBC online banking dapat diakses 24 jam sehari.

HSBC online banking menawarkan kemudahan transaksi online seperti transfer wang, check baki akaun, check baki pinjaman, bayar bil, top up, check penyata bank dan banyak lagi.

Sekiranya Anda adalah pelanggan atau pemegang akaun baru HSBC dan nak tahu macam mana cara login HSBC online banking berikut kongsikan cara login HSBC online banking. Sila ikuti panduan cara log masuk HSCB internet banking di bawah ini.

Cara Login HSBC Online Banking

Untuk dapat log masuk perkhidmatan HSBC online banking, Anda mesti mempunyai akaun berdaftar terlebih dahulu. Sila baca langkah-langkah cara daftar HSBC online banking.

Setelah mempunyai akaun kat HSCB online banking, sekarang Anda dapat login HSBC online. Ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
  2. Klik Log On pada bahagian kanan atas.
  3. Klik HSBC Malaysia online banking.
  4. Masukkan Username akaun HSBC Anda.
  5. Klik Continue.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Log In.
  8. Tahniah, Anda bejaya login ke akaun HSBC Anda.

Macam mana cara check baki akaun HSBC? Mudah sahaja, sila baca panduan cara semak baki akaun HSBC online.

Cara Login HSBC Online Banking via Mobile Banking App

Jika Anda mempunyai handphone Android atau iPhone, Anda dapat login HSBC melalui aplikasi HSBC Mobile Banking.

Pertama, sila muat turun aplikasi HSBC di Google Play Store atau App Store. Selepas Anda muat turun, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Buka Aplikasi HSBC Online Banking.
  2. Anda akan dibawa ke laman terma dan syarat sebelum login, klik kotak i agree to the above license. Klik Continue. Laman utama selepas muat turun
  3. Sila login ke akaun Anda, masukkan Username dan PIN Anda. Laman Login Aplikasi HSBC
  4. Kini Anda dapat melakukan transaksi secara online dengan mudah.

FAQ HSBC

Macam mana mengaktifkan Peranti Keselamatan HSBC online?

Sila ikuti 6 langkah bagi pengaktifan peranti:

  • Selepas Anda masuk ke perbankan online dan memasukkan ID pengguna (Username) dan kata laluan (Password), Anda akan diminta memasukkan kod pengaktifan yang didapatkan dari SMS OTP.
  • Sila masukkan nombor siri 10 digit yang terdapat di bahagian belakang Peranti Keselamatan Anda di halaman perbankan online.
  • Klik dan tahan butang hijau untuk menghidupkan Peranti Keselamatan Anda dan kemudian buat PIN 4 hingga 8 digit.
  • Klik butang kuning dan masukkan semula PIN baru Anda untuk pengesahan.
  • Apabila Anda melihat HSBC dipaparkan di skrin Peranti Keselamatan, klik butang hijau untuk menghasilkan kod keselamatan.
  • Masukkan Kod Keselamatan di laman perbankan online dan klik Next untuk menyelesaikan proses pengaktifan.

Itulah panduan cara log masuk HSBC internet banking, semoga membantu.