Cara Login Standard Chartered Online
Cara Login Standard Chartered Online

Cara Login Standard Chartered Online

Ramai pelanggan Standard Chartered gembira dan terbantu dengan kemudahan yang ditawarkan oleh Standard Chartered online banking. Standard Chartered online banking merupakan perkhidmatan perbankan yang mudah dan selamat. Dengan menggunakan Standard Chartered online banking Anda dapat melakukan pelbagai transaksi pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Jika Anda merupakan pelanggan Standard Chartered dan mahu melakukan transaksi tapi tidak tahu cara daftar Standard Chartered online dan cara login Standard Chartered online?

Berikut kami kongsikan cara daftar Standard Chartered online dan cara login Standard Chartered online.

Cara Login Standard Chartered Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ni:

  1. Lawati pautan rasmi Standard Chartered https://www.sc.com/my
  2. Klik Login, klik Online Banking Login.
  3. Pada laman Sign in to online banking, masukkan Username Anda pada ruangan yang tersedia.
  4. Klik Next.
  5. Tick Yes, this is my Security Image dan Security Phrase jika itu gambar keselamatan milik Anda.
  6. Masukkan Password akaun Anda pada ruangan yang tersedia.
  7. Klik Login.
  8. Tahniah, Anda berjaya log masuk ke akaun Anda.

Sila baca panduan cara daftar Standard Chartered online banking, jika Anda tidak mempunyai akaun Standard Chartered online.

Faedah Menggunakan Perkhidmatan Standard Chartered

Standard Chartered kini meningkatkan pengalaman perbankan online untuk melayani pelanggannya dengan lebih baik.

Berikut ciri dan faedah baru:

  • Transfer dana mudah dari dalam dan luar negara E-Statements yang dipertingkatkan dengan amaran e-mel
  • Penyerahan permohonan segera bagi produk dan perkhidmatan
  • Sejarah pembayaran dan pemindahan online gabungan.
  • Aplikasi/pengaktifan PIN internet segera
  • Keselamatan lebih besar dengan pengesahan 2 faktor melalui SMS.
  • Kemas kini maklumat peribadi hanya dengan beberapa klik pengalaman yang dipertingkatkan dengan:
  1. Pintasan navigasi intuitif
  2. Pilihan akaun diperibadikan
  3. Aliran transaksi yang lebih sederhana dan pantas
  4. Nama pengguna dan kata laluan yang boleh disesuaikan

Untuk mendapatkan baki akaun terkini, sila baca panduan cara semak baki akaun Standard Chartered online.

FAQ Standard Chartered

1. Bila dapat mengakses Standard Chartered online?

Perkhidmatan Standard Chartered dapat di akses selama 24 jam selama 7 hari seminggu.

2. Adakah Standard Chartered online manawarkan perkhidmatan perbankan Islam?

Standar Chartered menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan perbankan patuh syariah.

3. Penyemak imbas apa yang disokong?

Bagi keselamatan dan pengalaman pelanggan yang lebih baik, Standard Chartered kini menyokong penyemak imbas Google Chrome, Firefox, Edge dan Safari.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Standard Chartered Anda boleh hubungi Talian Hotline Perkhidmatan Pelanggan +603 8939 8899/1300 883 399.