Cara Semak Baki Akaun Affin Bank Online
Cara Semak Baki Akaun Affin Bank Online

Cara Semak Baki Akaun Affin Bank Online

Kini dengan adanya sokongan internet melakukan perkhidmatan apapun menjadi lebih mudah dan cepat. Terutamanya mengenai perkhidmatan kewangan, tetapi sebahagian orang masih belum faham cara melakukan transaksi melalui online.

Termasuk cara semak baki akaun Affin bank, jika Anda tertanya-tanya macam mana cara nak semak baki akaun Affin Bank melalui online.

Berikut kami kongsikan beberapa cara check baki akaun Affin Bank dengan mudah.

Cara Semak Baki Akaun Affin Bank Online

Cara semak baki akaun Affin Bank yang pertama iaitu melalui pautan rasmi Affin Bank, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pastikan Anda telah memiliki akaun Affin Bank.
  2. Lawati pautan rasmi Affin Bank https://www.affinonline.com
  3. Pada laman utama, klik Personal di bahagian atas.
  4. Masukkan Username akaun Anda. Login Affin Online
  5. Klik Login.
  6. Tick kotak kecil Yes, this is my Secure Word and Image, jika itu Secure Word Anda. Secure Word
  7. Masukkan Password Anda.
  8. Seterusnya, klik Login.
  9. Pada laman utama selepas Login, klik Account Summary/My Account.
  10. Maklumat baki akaun Affin Bank Anda akan dipaparkan di skrin.
  11. Selesai.

Tidak mempunyai akaun Affin Bank online? Sila baca panduan cara daftar Affin Bank online banking.

Check Baki Akaun Affin Bank Melalui Aplikasi Affin Secure Mobile Banking

Selain cara yang dinyatakan diatas, Anda boleh check baki akaun melalui aplikasi Affin Secure Mobile Banking, Anda boleh muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store atau App Store secara percuma.

Sila ikuti langkah-langkah cara check baki akaun melalui aplikasi Affin Secure Mobile Banking:

  1. Buka aplikasi Affin Secure mobile banking Anda.
  2. Sila masukkan Username Anda pada ruangan yang tersedia.
  3. Klik Account Summary.
  4. Seterusnya, klik Saving&Current.
  5. Maklumat baki akaun Affin Bank Anda akan di paparkan di skrin.
  6. Selesai.

Semakan Baki Akaun Affin Bank Melalui ATM

Cara yang terakhir iaitu semakan baki Affin Bank melalui ATM, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila pergi ke mesin ATM Affin Bank yang berhampiran.
  2. Masukkad kad ATM Affin Bank Anda ke slot kad yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa.
  4. Masukkan PIN.
  5. Kemudian, tekan Maklumat Baki.
  6. Maklumat baki akaun Affin Bank Anda akan di paparkan di skrin ATM.

Itulah cara semak baki akaun Affin Bank melalui ATM, online dan aplikasi handphone.