Cara Semak Baki Akaun BSN Online
Cara Semak Baki Akaun BSN Online

Cara Semak Baki Akaun BSN Online

Sekarang ini melakukan aktiviti apapun akan lebih mudah dengan adanya sokongan internet, perkhidmatan perbankan pun mengalami banyak perkembangan.

Salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan terbaik di Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan kemudahan bagi setiap pelanggan untuk mengetahui maklumat baki terkini secara real time, cepat dan pantas. BSN membuat portal perbankan myBSN yang boleh pelanggan gunakan untuk aktiviti perbankan seperti tranfser, top up, bayar bil dan banyak lagi.

Perlu Anda ketahui, bahawa aktiviti semak baki akaun sering diperlukan oleh sebahagian pelanggan untuk mengetahui maklumat baki terkini. Sekiranya Anda adalah seorang pelanggan Bank Simpanan Nasional dan ingin mengetahui maklumat baki akaun BSN, berikut kami berkongsi cara semak baki akaun BSN online.

Cara Semak Baki Akaun BSN Online

Sebelum Anda semak baki akaun BSN secara online, Anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar BSN online, hanya perlu 5 minit sahaja untuk mendaftar.

Sekiranya Anda sudah mendaftar di myBSN, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Lawati pautan https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username klik butang Login.
  3. Sahkan Security Image, klik butang Yes.
  4. Masukkan Kata Laluan akaun BSN Anda. Klik Login.
  5. Setelah Anda log masuk, pada paparan utama sila klik Account Overview. Semak Baki Akaun BSN Online
  6. Baki akaun BSN Anda akan dipaparkan pada skrin.
  7. Selesai.

Sekiranya Anda terlupa username dan password BSN online banking, sila baca panduan dapatkan semula akses perbankan myBSN jika lupa username dan password BSN online.

Cara Check Baki Akaun BSN Melalui ATM

Langkah check baki akaun BSN melalui mesin ATM, Anda hanya perlu pergi ke ATM BSN terdekat. Sila ikuti langkah-langkahnya:

  1. Masukkan Kad ATM/Debit pada tempat yang tersedia.
  2. Pilih Bahasa Malaysia.
  3. Masukkan PIN kad ATM/Debit Anda sebanyak 6 digit.
  4. Seterusnya, pilih Pertanyaan yang tertera pada skrin.
  5. Baki akaun BSN Anda akan dipaparkan di skrin.
  6. Selesai.

Check Baki Akaun BSN Melalui SMS

Langkah semakan baki akaun BSN melalui SMS Banking ialah Anda mesti mempunyai nombor hanpdhone atau telefon bimbit yang telah berdaftar di BSN. Sekiranya nombor hanpdhone Anda belum berdaftar, sila ikuti panduan cara daftar BSN SMS banking di bawah:

Cara Daftar BSN SMS Banking

  1. Anda perlu pergi ke cawangan BSN dan daftarkan nombor handphone Anda.
  2. UAC (4 digit) akan diberikan kepada melalui cetakan pada borang SMP-1.
  3. Sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan, Anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (6 digit).
  4. Nombor UAC adalah untuk pendaftaran BSN SMS Banking.
  5. Nombor M-PIN adalah Mobile PIN, M-PIN akan terus Anda gunakan setiap kali Anda nak buat transaksi melalui BSN SMS banking. Nombor M-PIN ini sangat penting dan pastikan Anda tidak berkongsi dengan orang lain.
  6. Untuk makluman, nombor M-PIN dan nombor PIN ATM adalah berbeza.
  7. Untuk aktifkan perkhidmatan SMS Banking, Anda perlu hantar 1 SMS, sila taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>6 digit UAC (4 digit M-PIN + 2 digit UAC) Contoh: ACT 123456 222321
  8. Hantarkan SMS tersebut ke 36898 atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)
  9. Setelah itu Anda akan menerima SMS yang menerangkan bahawa Anda telah berjaya mendaftar BSN SMS Banking.

Semak Baki BSN Melalui SMS

Jika Anda telah berjaya membuat pendaftaran BSN SMS Banking, Anda bolehlah membuat semakan baki BSN melalui SMS.

Untuk membuat semakan baki akaun BSN, Anda perlu hantar SMS dengan cara

Taip BAL<jarak>MPIN Contoh: BAL 232367 Hantar ke: 36898

SMS yang mengandungi maklumat baki akan dihantar ke nombor handphone Anda.

Transaksi BSN SMS Banking

Berikut senarai transaksi SMS Banking yang dapat Anda gunakan.

TransaksiKod Transaksi
Senarai Kod Top-UpLIST(jarak)TOPUP(jarak)NILAI
Pertanyaan BakiBAL(jarak)mpin
Pembayaran BilBILL(jarak)mpin(jarak)kod bil(jarak)no akaun bil(jarak)jumlah
Bayaran Kad Kredit BSNCARD(jarak)mpin(jarak)no kad kredit(jarak)jumlah
Pemindahan DanaTRF(jarak)mpin(jarak)akaun penerima(jarak)jumlah
Pembelian PINPIN(jarak)mpin(jarak)kod khusus(jarak)no KP calon
Kod Senarai KhususLIST(jarak)PIN
Pembelian SSPSSP(jarak)mpin(jarak)jumlah
Tukar BahasaCHG(jarak)LANG(jarak)mpin(jarak)bahasa pilihan
Pembelian Top-UpTOPUP(jarak)mpin(jarak)kod toup(jarak)(no penerima)
Kod Top-Up BilLIST(jarak)BIL

Fi dan Caj SMS Banking

Adapun fi dan caj jika Anda melakukan transaksi menggunakan SMS banking.

SERVICESCHARGEDETAILS
RegistrationFree-
ActivationFree-
MaintenanceFree for once a year» Change language
» Change M-PIN
» Change HP No
» Change Limit
MaintenanceRM0.50For every subsequent transactions.
Balance EnquiryFreeOne enquiry per month for free.
Balance EnquiryRM0.50For every subsequent enquiries in the same month.
Prepaid Top-UpRM0.25For every transaction.
Fund TransferRM0.50For every transaction.
Bill PaymentRM0.50For every transaction.
PIN PurchaseRM0.50For every transaction.
SSP PurchaseRM0.25For every transaction.
BSN Credit CArd PaymentRM0.50For every transaction.
Insufficient BalanceRM0.50For every unsuccessful transaction.
Error Message ReplyRM0.25For every transaction.
BSN : SMS EnquiryRM0.25Enquiries on:
» UPU Pin Purchase, Prepaid Top-Up and SSP
Purchase format:
» List of Bill Payment, UPU Pin Purchase, SSP Purchase and Prepaid Top-Up.

Cara Semak Baki Akaun di Cawangan BSN

Cara terakhir untuk semak baki akaun BSN iaitu dengan pergi ke cawangan BSN terdekat. Anda dapat semak baki Anda dengan membawa buku simpanan BSN Anda.

Sila Anda pergi ke cawangan terdekat lalu minta pegawai BSN untuk cetak/print akaun simpanan (print out). Seterusnya, baki dan urus niaga Anda akan dicetak secara automatik pada buku bank.