Cara Semak Baki Akaun KFH Online
Cara Semak Baki Akaun KFH Online

Cara Semak Baki Akaun KFH Online

Kuwait Finance House merupakan salah satu perbankan terbaik di Malaysia. Bagi memudahkan pelanggan Kuwait Finance House membuat aktiviti secara online, Kuwait Finance House melancarkan perkhidmatan KFH online.

KFH online dapat membantu pelanggan membuat transaksi pada bila-bila masa seperti transaksi transfer duit, check baki akaun KFH, bayar bil, top up dan banyak lagi.

Jika Anda adalah pelanggan baru Kuwait Finance House dan ingin mengetahui maklumat baki akaun KFH secara online, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Cara Semak Baki Akaun KFH Online

Sebelum menggunakan perkhidmatan KFH online, pelanggan mestilah mempunyai akaun berdaftar kat KFH online. Jika Anda belum mempunyai akaun KFH online, sila daftar KFH online terlebih dahulu.

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun KFH online, sila ikuti panduan di berikut.

  1. Lawati pautan rasmi KFH https://www.kfhonline.com.my
  2. Masukkan Username dan Password Anda, klik Login.
  3. Sahkan Security Question Anda, kemudian klik Next.
  4. Selepas Anda masuk, pada bahagian sebelah kiri, klik Account Enquiry.
  5. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan pada skrin. Semak Baki Akaun KFH Online
  6. Untuk maklumat detail sila klik no account untuk melihat baki terperinci.

Sila tukar password KFH online Anda secara berkala sekiranya diperlukan bagi keselamatan akaun.

Petua Keselamatan KFH Online

Berhati-hati, berjaga-jaga! jangan log masuk melalui pautan e-mel dan jangan buka lampiran e-mel atau jalankan program dari sumber yang tidak diketahui.

Selain itu:

  • Pastikan Anda memasukkan alamat URL www.kfh.com.my di pencari penyemak imbas.
  • Jangan log masuk melalui pautan e-mel.
  • Jangan mendedahkan PIN / Kata Laluan / TAC Anda kepada sesiapa pun.
  • Segera beritahu Kuwait Finance House sekiranya Anda mengesyaki mana-mana laman web phishing / palsu KFH Online.
  • Segera hubungi 1300 888 534 sekiranya terdapat kecurigaan penipuan atau transaksi yang mencurigakan di KFH Online.

Perkhidmatan KFH online boleh diakses pada bila-bila masa 24 jam, sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi contact centre KFH 1300 888 KFH (534) atau emel ke kfhonline@kfh.com.my

Itu sahaja perkongsian kali ini  mengenai cara semak baki akaun KFH secara online, semoga membantu Anda. Untuk maklumat lanjut boleh semak di bawah ini.