Cara Transfer Duit Affin Bank ke Bank Lain
Cara Transfer Duit Affin Bank ke Bank Lain

Cara Transfer Duit Affin Bank ke Bank Lain

Teknologi internet banking semakin berkembang membuat segalanya menjadi lebih mudah kerana ada perkhidmatan transfer, kini Anda dapat hantar duit secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Anda dapat memindahkan duit dari satu bank ke bank lainnya menggunakan perkhidmatan ini, perkhidmatan elektronik ini disediakan oleh Affin Online.

Anda boleh memindahkan dana ke akaun anda sendiri atau akaun pihak ketiga dalam AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC serta akaun bank lain melalui:

  • Interbank GIRO (IBG) – Bayaran perkhidmatan RM 0.10 setiap transaksi
  • DuitNow – Tanpa bayaran Perkhidmatan untuk setiap transaksi

Berikut langkah-langkah cara transfer duit dari Affin Bank ke bank lain.

Cara Transfer Duit Affin Bank ke Bank Lain Melalui DuitNow

Sebelum transfer duit menggunakan Affin online, Anda mesti mempunyai akaun yang berdaftar di Affin Online, sila baca panduan cara daftar Affin Bank online.

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun Affin Online, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi Affin Online https://www.affinonline.com
  2. Pada laman utama, klik Personal dibahagian kanan atas.
  3. Masukkan Username akaun Anda.
  4. Tick kotak kecil Yes, this is my Secure Word and Image, jika itu Secure Word Anda.
  5. Masukkan Password Anda.
  6. Kemudian, klik Login.
  7. Klik Transfer.
  8. Seterusnya, pilih Fund Transfer.
  9. Terdapat 4 jenis Fund Transfer.
  10. Sila klik DuitNow. Duit Now
  11. From Account, iaitu pilih akaun bank Anda.
  12. Klik Transfer To, pada Select Bank Name sila pilih akaun yang ingin Anda tuju. Please Select Affin Bank
  13. Pada Select Account Type ada 4 pilihan, sila pilih jenis akaun penerima. Select Transfer To
  14. Pada Enter Account Number, masukkan Nombor akaun penerima.
  15. Klik butang Add, akan tertera maklumat yang akan Anda transfer.
  16. Sila pilih pada Recipient Residential Status. Recipient Residential Status
  17. Tick kotak kecil Send Notification to Recipient.
  18. Masukkan Email Anda.
  19. Klik Confirm.
  20. Pada Amount, masukkan jumlah yang Anda mahu transfer. Amount, Recipient Reference, Other Payment Detail
  21. Pada Recipient reference, masukkan rujukan bagi penerima.
  22. Pada Other Payment Details (optional), Anda boleh isi boleh juga tidak.
  23. Pada Remarks (Optional), Anda boleh isi boleh juga tidak. Tick Continue
  24. Tick kotak kecil I have read, understood and agreed to the Terms and Conditions.
  25. Klik Continue.
  26. Akan terpapar maklumat transaksi Anda, pastikan betul semua.
  27. Klik Request TAC, nombor TAC akan dihantar ke nombor handphone Anda yang terdaftar.
  28. Masukkan nombor TAC sebanyak 6 digit pada ruangan yang disediakan.
  29. Klik Confirm.
  30. Seterusnya, Succesfull akan tertera di skrin Anda, yang dimaksud iaitu, transfer Anda berhasil.
  31. Tahniah, transfer Anda berjaya.

Cara Transfer Duit Affin Bank ke Bank Lain Melalui IBG

Jika Anda ingin menggunakan perkhidmatan IBG transfer untuk transfer duit, sila ikuti panduan berikut:

  1. Klik Transfer.
  2. Pilih Transfer Fund.
  3. Pilih Interbank GIRO.
  4. From Account pilih Akaun Simpanan atau Semasa Anda.
  5. Klik Transfer To.
  6. Masukkan Nombor dan Nama Akaun Penerima.
  7. Pilih Recipient Residential Status.
  8. Masukkan Jenis ID / Nombor ID Penerima (Anda boleh memasukkan nombor IC Penerima untuk rujukan peribadi Anda).
  9. Masukkan alamat E-mel Penerima
  10. Tandakan di kotak untuk memberitahu pemilik akaun (optional).
  11. Klik Confirm.
  12. Pilih Tarikh pemindahan.
  13. Masukkan Amaun (RM)
  14. Masukkan Rujukan Penerima (Wajib – Anda boleh memasukkan komen yang akan ditunjukkan dalam pernyataan agar mudah dirujuk.)
  15. Masukkan Butiran dan Catatan Pembayaran (optional)
  16. Klik Continue
  17. Sahkan butiran yang dimasukkan dan klik Request TAC untuk meminta TAC
  18. Masukkan TAC 6 digit dan klik Confirm
  19. Selesai

Jika duit yang Anda hantar kepada penerima belum masuk akaun, sila baca IBG transfer Affin Bank berapa hari.

Itulah panduan cara transfer duit Affin Bank ke bank lain melalui DuitNow dan IBG transfer.