Cara Transfer Duit Hong Leong ke Bank Lain
Cara Transfer Duit Hong Leong ke Bank Lain

Cara Transfer Duit Hong Leong Bank ke Bank Lain

Hong Leong Bank memudahkan aktiviti perbankan Anda untuk dapat transfer duit secara online melalui perkhidmatan Hong Leong Connect/HLB Connect. Dengan adanya Hong Leong Connect Anda dapat melakukan transaksi pemindahan dana pada bila-bila masa.

Anda hanya perlu sediakan handphone/komputer dan sambungan internet serta telah terdaftar sebagai pemegang akaun HLB, Anda boleh gunakan semua ciri dan akses dari Hong Leong Connect sekiranya sudah berdaftar.

Sila simak panduan cara transfer duit Hong Leong Bank ke bank lain di bawah ini.

Cara Transfer Duit Hong Leong Bank ke Bank Lain

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini, sekiranya Anda menggunakan HLB Connect Online Banking.

Anda mesti login Hong Leong Bank online terlebih dahulu.

  1. Lawati https://s.hongleongconnect.my
  2. Pada Username, masukkan Username akaun Anda.
  3. Pada security phrase, klik Yes it is.
  4. Kemudian, masukkan Password pada ruangan yang disediakan.
  5. Pilih Pay & Transact
  6. Sekiranya Anda ingin transfer duit kepada orang lain, pilih Transfer to Others dan pilih bank penerima.
  7. Pada From, masukkan nama bank akaun Anda.
  8. Pada To, klik New Transfer, lalu pilih akaun mana yang akan Anda tuju.
  9. Sila pilih pada Account Type dan masukkan Account Number.
  10. Klik Next.
  11. Pada Transfer Amount, masukkan jumlah yang akan dihantar.
  12. Pada Other Details, klik Next.
  13. Seterusnya, klik Next.
  14. Periksa terlebih dahulu sebelum Anda transfer, klik Ready to Transfer.
  15. Tahniah, transfer Anda berjaya.

Cara Transfer Wang Hong Leong Bank ke Bank Lain

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini, sekiranya Anda menggunakan HLB Connect App.

  1. Log masuk ke Connect App Anda, tap Menu dan kemudian pilih Transfer.
  2. Pilih New Transfer dan pilih Nombor Akaun atau jenis ID. Sekiranya Anda memindahkan ke akaun kegemaran, pilih akaun dari senarai kegemaran Anda.
  3. Masukkan maklumat penerima, jumlah pemindahan, butiran lain dan pilih Next.
  4. Periksa maklumat Anda dan pilih Ready to Transfer.
  5. Anda akan menerima TAC 6 digit di telefon bimbit Anda. Masukkan TAC untuk menyelesaikan transaksi.

Cara Transfer Duit Hong Leong ke Bank Lain Melalui CDM

Selain transfer secara online, Anda dapat transfer duit Hong Leong Bank ke bank lain melalui Mesin ATM, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila pergi ke mesin ATM Hong Leong terdekat.
  2. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  3. Klik Transfer/Deposit Tunai (Semasa & Simpanan)
  4. Masukkan Nombor akaun bank penerima.
  5. Klik Teruskan.
  6. Sila cek terlebih dahulu Akaun dan Nombor Akaun Penerima.
  7. Klik Sahkan.
  8. Masukkan duit yang akan Anda hantar pada ruangan yang tersedia.
  9. Tunggu semasa di proses.
  10. Jika Anda akan hantar lagi duit, klik Tambah lagi.
  11. Jika tidak, klik Teruskan.
  12. Kemudian, resit Anda akan tertera.
  13. Anda boleh Klik Cetak Resit sebagai bukti/rujukan.
  14. Tahniah, transfer duit Anda berjaya.

Untuk makluman bahawa had gabungan maksimum untuk HLB Pihak Ketiga, Interbank Giro (IBG), Pemindahan Segera, Pemindahan Telegrafik, dan DuitNow adalah RM50,000.00 sehari

Anda boleh menetapkan/mengubah had di Tetapan di HLB Connect Online atau Tetapan Akaun & Had di Aplikasi HLB Connect. Baca panduan cara tukar transfer limit Hong Leong Bank online.

Nota: Pemindahan dana bukan untuk akaun kegemaran di Aplikasi HLB Connect mempunyai had harian RM9,999.99. Sementara itu, untuk pemindahan wang terbuka (Open Fund Transfer) tanpa TAC Hanya boleh dilakukan untuk jumlah pemindahan yang kecil. Had maksimum adalah RM250 tetapi anda boleh menetapkan had anda sendiri di Tetapan Aplikasi