Cara Transfer Duit Standard Chartered ke Bank Lain
Cara Transfer Duit Standard Chartered ke Bank Lain

Cara Transfer Duit Standard Chartered ke Bank Lain

Macam mana cara transfer duit Standard Chartered ke bank lain online melalui perkhidmatan Standard Chartered online banking? Pindahan segera wang Antara-bank atau dikenali Instant Interbank Fund Transfer (IBFT) dan Interbank GIRO (IBG) kini ditawarkan oleh Standard Chartered kepada para pelanggannya.

Pemindahan dana melalui online sememangnya amat memudahkan pelanggan untuk melakukan pindahan ke bank-bank lain yang mengambil bahagian.

Berkut kami kongsikan cara transfer Standard Chartered ke bank lain.

Cara Transfer Duit Standard Chartered ke Bank Lain Melalui DuitNow

Sila ikuti langkah-langkah transfer ke bank lain melalui DuitNow di bawah ini.

  1. Sila login ke akaun SC Mobile App atau Login melalui online.
  2. Masukkan Nombor Handphone/No IC penerima.
  3. Sila Masukkan Jumlah yang Anda ingin transfer.
  4. Masukkan Nama Penerima.
  5. Check terlebih dahulu butiran maklumat.
  6. Kemudian, sahkan.
  7. Tahniah, Anda berjaya transfer.

Sekiranya Anda menggunakan IBG transfer, sila baca maklumat mengenai IBG transfer Standard Chartered berapa hari.

Cara Menerima Dana Melalui DuitNow

Adapun langkah-langkah menerima dana melalui DuitNow:

  1. Sila login ke akaun SC Mobile App atau login melalui online.
  2. Daftarkan Nombor Handphone Anda/Nombor Kad Pengenalan/Nombor Pasport atau Nombor Pendaftaran perniagaan akaun Bank Anda.
  3. Ikuti langkah selanjutnya sampai selesai.
  4. Tahniah, Anda berjaya.

Baca juga langkah-langkah cara tukar transfer limit Standard Chartered.

Cara Transfer Duit Standard Chartered ke Akaun Bank Sendiri

Sila ikuti langkah-langkah cara transfer duit Standard Chartered ke akaun Bank Sendiri:

  1. Lawati pautan rasmi Standard Chartered https://www.sc.com/my
  2. Klik Login, lalu klik Online Banking Login.
  3. Masukkan Username akaun Anda, klik Next.
  4. Sahkan Security Image Anda.
  5. Masukkan Password Anda, klik Login.
  6. Klik Transfer Money, lalu klik Overview.
  7. Kemudian, klik Between Own Accounts.
  8. Masukkan Maklumat Transfer duit.
  9. Periksa terlebih dahulu maklumat berikut.
  10. Kemudian, sahkan.
  11. Tahniah, Anda berjaya transfer.

FAQ Transfer Duit Standard Chartered

Berikut beberapa soalan lazim mengenai transfer duit Standard Chartered:

1. Bila dana akan tersedia di akaun penerima setelah saya membuat pemindahan antara bank?

Anda dapat menyemak sejarah transaksi akaun Anda untuk mengetahui baki terkini. Anda juga harus memeriksa apakah ada kesalahan yang diberitahu ke email Anda. Anda boleh menghubungi Perunding Khidmat Pelanggan SC di 1300 888 888 sekiranya Anda memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai transaksi yang tidak berjaya.

2. Bila saya akan mendapat semula wang saya apabila pemindahan dana antara bank saya tidak berjaya?

Sekiranya transfer/pemindahan dana Antara Bank tidak berjaya, jumlah yang dipindahkan akan dikembalikan ke akaun Anda oleh bank penerima pada hari perniagaan ketiga.

3. Jika transfer dana dilakukan pada hari cuti umum, bila dana tersebut akan tersedia di akaun penerima?

Transaksi yang dilakukan pada hari cuti umum/hari bukan perniagaan akan diproses pada hari bekerja/perniagaan berikutnya.