Cara Tukar No PIN Kad ATM Bank Rakyat
Cara Tukar No PIN Kad ATM Bank Rakyat

Cara Tukar No PIN Kad ATM Bank Rakyat

Personal Identification Number (PIN) Bank Rakyat merupakan no keselamatan atau kod rahsia, PIN ATM Bank Rakyat dapat ditukar atau dikemaskini melalui mesin ATM. Menukar PIN secara berkala dapat menjaga agar akaun Bank Rakyat sentiasa selamat dari kecurian dan jenayah.

Selain itu, menukar PIN kad ATM Bank Rakyat perlu dilakukan jika Anda kesulitan mengingat no PIN ATM lama. Jadi, macam mana cara menukar nombor PIN kad ATM Bank Rakyat?

Di bawah ini kami kongsikan cara tukar no PIN kad ATM Bank Rakyat dengan mudah dan pantas.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Bank Rakyat Melalui ATM

Ikuti langkah-langkah cara kemaskini no PIN kad ATM Bank Rakyat:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat terdekat.
  2. Masukkan kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Masukkan PIN ATM Anda.
  5. Pilih Penukaran PIN ATM. Cara Tukar No PIN ATM Bank Rakyat
  6. Masukkan PIN baru yang Anda inginkan.
  7. Masukkan sekali lagi PIN baru untuk disahkan.
  8. Tahniah, Anda berjaya tukar PIN kad ATM Bank Rakyat.

Sila tukar password Bank Rakyat online sekiranya diperlukan.

FAQ PIN Bank Rakyat

Berikut beberapa soalan lazim mengenai PIN Bank Rakyat:

1. Adakah saya perlu memasukkan PIN jika saya menggunakan kad di luar negara?

Untuk negara yang tidak menyokong transaksi berasaskan PIN, Anda masih dapat memilih menggunakan tandatangan untuk transaksi pembelian atau pembayaran.

2. Adakah PIN yang saya gunakan untuk membuat pembelian sama dengan PIN yang digunakan di ATM?

YA, setiap kad hanya mempunyai satu PIN yang boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di ATM dan pembelian terminal jualan.

3. Adakah saya masih boleh menggunakan kad yang lama selepas menerima kad yang baru?

Penggunaan kad yang lama akan disekat dalam tempoh 90 hari selepas kad yang baru dikeluarkan.

4. Adakah tempoh masa untuk menukar no PIN?

TIADA. Pemegang kad boleh menukar Nombor PIN pada bila-bila masa sahaja.

5. Mengapa no PIN dan kad tidak dihantar secara serentak?

Kerana merupakan salah satu langkah keselamatan bagi mengelakkan kad dan no PIN diterima dan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Rakyat, Anda boleh hubungi Customer Service di  1-300-80-5454/03-55269000 (internasional) atau melalui Email: telerakyat@bankrakyat.com.my