Cara Tukar No PIN Kad ATM CIMB
Cara Tukar No PIN Kad ATM CIMB

Cara Tukar No PIN Kad ATM CIMB Secara Online

Posted on

Mungkin Anda baru saja mendapat kad ATM CIMB baru dan ingin mengubah nombor PIN asal, atau mungkin Anda telah menggunakan kad ATM CIMB Anda selama beberapa lama dan ingin mengubah nombor PIN untuk keselamatan yang lebih baik. Apa pun sebabnya, proses ini sebenarnya cukup mudah dan boleh dilakukan dengan cepat.

Dalam perkongsian kali ini kami akan berikan step cara menukar no PIN kad bank CIMB melalui ATM dan online.

Apa Itu PIN ATM

PIN atau Personal Identification Number ialah kod rahsia yang digunakan oleh pengguna untuk mengakses akaun bank mereka melalui ATM (Automatic Teller Machine). PIN digunakan sebagai langkah keselamatan tambahan untuk menghalang orang yang tidak dibenarkan daripada mengakses akaun bank Anda.

Jadi, jika Anda ingin mengeluarkan wang dari mesin ATM, Anda mesti memasukkan PIN Anda untuk membuktikan bahawa Anda adalah pemilik sah akaun tersebut.

Nota: Ketika Anda dapat kad ATM baru, Anda akan diberikan sekali dengan kertas yang tertulis nombor PIN sementara. Sila masukkan nombor PIN sementara tersebut.

Cara Tukar PIN Kad Bank di Mesin ATM

Untuk menukar PIN ATM Anda, Anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Bawa kad bank Anda ke mesin ATM terdekat. Pastikan mesin ATM berada dalam keadaan baik dan selamat.
  2. Masukkan kad ATM Anda ke dalam mesin ATM, lepastu tunggu dan pilih bahasa yang Anda mahukan (pilih Bahasa Malaysia sahaja ye).
  3. Kemudian masukkan PIN Anda seperti biasa.
  4. Sila Tekan Jika Betul untuk mengesahkan.
  5. Sila masukkan nombor PIN ATM baru, masukkan nombor PIN baru sekali lagi untuk mengesahkan. Kami nasihatkan Anda untuk salin nombor PIN baru ini di tempat yang selamat supaya Anda tidak lupa di kemudian hari.
  6. Tahniah, nombor PIN baru telah berjaya Anda tukar.
  7. Selepas Anda selesai menukar PIN Anda, keluarkan kad ATM Anda dari mesin ATM. Jangan sekali-kali berkongsi PIN Anda dengan orang lain, kerana ini boleh menyebabkan kecurian wang daripada akaun Anda.
  8. Selesai.

Cara Tukar No PIN Kad Debit CIMB Online

Sila ikuti langkah-langkah cara tukar no PIN Kad ATM CIMB online berikut ini:

  1. Buka laman website rasmi CIMB https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks. Login CIMB Clicks
  3. Masukkan User ID akaun Anda. User ID CIMB
  4. Klik Login.
  5. Sahkan Secure Image Anda. Password CIMB tukar PIN
  6. Masukkan Password akaun Anda. Klik Login.
  7. Klik menu Perkhidmatan > Akaun & Kad
  8. Klik pada Permintaan/Penukaran PIN dan pilih sama ada Kad Prabayar atau Kad Kredit dari senarai.
  9. Pilih nombor kad tertentu yang diperlukan bagi penukaran PIN.
  10. Masukkan PIN lama yang Anda ingin tukar.
  11. Kemudian, masukkan PIN baru yang dipilih.
  12. Masukkan sekali lagi PIN baru Anda.
  13. Sekiranya Anda tidak terlupa PIN lama, Anda boleh meminta PIN Sementara dengan klik butang Request.
  14. Seterusnya, CIMB Clicks akan hantar mesej bagi memaklumkan bahawa PIN sedia ada Anda akan diperbaharui. Jika Anda meneruskan permintaan ini, PIN sementara akan dihantar ke nombor handphone berdaftar.
  15. Klik Request TAC.
  16. Penukaran PIN akan di sahkan dengan pengesahan tahap ke-2 (TAC).
  17. TAC akan dihantar ke nombor handphone Anda.
  18. Masukkan TAC dan sahkan penukaran PIN dan CIMB Clicks untuk mengesahkan.
  19. Anda akan menerima SMS selepas menukar PIN.
  20. Tahniah, Anda berjaya tukar no PIN Kad ATM CIMB.

Lepas Anda berjaya menukar no PIN ATM CIMB, kami nasihatkan Anda untuk segera semak baki akaun CIMB untuk melihat baki akaun terkini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai CIMB Anda boleh hubungi Pusat Panggilan Pengguna di +603 6204 7788 yang beroperasi 24 jam.

Proses menukar nombor PIN kad ATM CIMB cukup mudah dan boleh dilakukan di mesin ATM CIMB yang terdekat ataupun secara online.

Pastikan Anda memasukkan nombor PIN baru dengan teliti dan menyimpannya dengan selamat. Semoga panduan diatas berguna untuk Anda.