Cara Tukar No PIN Kad ATM Hong Leong Bank
Cara Tukar No PIN Kad ATM Hong Leong Bank

Cara Tukar No PIN Kad ATM Hong Leong Bank

Personal Identification Number (PIN) merupakan kod rahsia 6 digit yang dipilih oleh pemegang kad dan untuk dimasukkan ke terminal tempat penjualan (POS), mesin ATM atau apa-apa jenis peranti pembayaran yang memerlukan input PIN, bagi mengesahkan dan menyelesaikan transaksi pembayaran.

Berkaitan dengan keselamatan akaun, sebaiknya Anda menukar PIN secara berkala demi menjaga keselamatan daripada pencurian.

Jika Anda inginkan tukar nombor PIN kad ATM Hong Leong, sila ikuti langkah-langkah berikut ini.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Hong Leong Bank Online

Cara pertama tukar no PIN Hpog Leong Bank secara online.

  1. Lawati pautan rasmi Hong Leong Connect https://s.hongleongconnect.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Sahkan Security Picture.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda log masuk, pergi ke Other Services.
  8. Seterusnya, klik Create/Change PIN.
  9. Masukkan PIN baru yang Anda inginkan.
  10. Masukkan sekali lagi PIN baru Anda untuk mengesahkan.
  11. Masukkan kod TAC 6 digit.
  12. Tahniah, Anda berjaya tukar no PIN Kad ATM Hong Leong Bank.

Selepas tukar PIN, sila semak baki akaun Hong Leong Bank online untuk mengetahui baki terkini.

Tukar No PIN Kad ATM Hong Leong Bank Melalui Mobile Banking

Anda dapat muat turun terlebih dahulu Aplikasi HLB Connect di Google Play Store/App Store. Selepas Anda muat turun, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Login ke akaun Hong Leong Mobile Banking Anda.
  2. Selepas Anda login, pilih Kad Kredit dan pilih Kad Anda.
  3. Klik Services dan pilih Create/Change PIN.
  4. Masukkan PIN baru yang Anda inginkan.
  5. Masukkan sekali lagi PIN baru Anda untuk disahkan.
  6. Klik Save Changes.
  7. Tahniah, Anda berjaya tukar no PIN kad ATM Hong Leong Bank melalui Mobile Banking.

Baca jugak cara tukar no telefon Hong Leong Bank.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Hong Leong Bank Melalui ATM

Cara yang terakhir iaitu melalui ATM, simak langkah-langkahnya:

  1. Lawati Mesin ATM Hong Leong Bank terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Masukkan PIN sementara Anda.
  5. Kemudian, klik PIN Change.
  6. Seterusnya, masukkan PIN baru yang Anda inginkan.
  7. Masukkan sekali lagi PIN baru untuk di sahkan.
  8. Tahniah, Anda berjaya tukar no PIN kad ATM melalui ATM.

Itulah langkah-langkah cara kemaskini no PIN kad ATM Hong Leong Bank, semoga membantu.