Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank
Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank

Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank

Setiap pelanggan Maybank pastilah diberikan kad ATM. Kad ATM Maybank dapat membuat pelbagai jenis transaksi, seperti deposit tunai, pemindahan wang, cek baki, pembayaran bil, membeli-belah dan banyak transaksi lain yang dapat dilakukan dengan menggunakan kad ATM.

Semuanya dapat dilakukan dengan selamat kerana pada kad ATM ini terdapat Personal Identification Number (PIN) yang merupakan nombor keselamatan atau kod rahsia. Selain menjaga kerahsiaan PIN kad ATM, ia juga dapat diubah atau dikemaskini. Pihak Maybank menasihatkan setiap pelanggan untuk menukar PIN ATM setiap 3 bulan sekali untuk keselamatan.

Menukar PIN secara berkala dapat mengurangkan kejahatan. Sila ikuti langkah-langkah cara menukar PIN ATM Maybank di bawah ini.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank Melalui Maybank2u

Anda boleh menukar PIN ATM Maybank melalui Maybank2u, sila ikuti cara di bawah.

  1. Lawati pautan rasmi https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda. Security Image Maybank
  5. Masukkan Password akaun Anda. Password Maybank Tukar PIN
  6. Klik Login.
  7. Seterusnya, klik Accounts & Banking.
  8. Pilih All Cards
  9. Pilih Select PIN dan klik GO
  10. Masukkan PIN baru Anda.
  11. Sila klik Request for TAC dan masukkan kod TAC.
  12. Selesai, Anda berjaya tukar PIN ATM Maybank.

Tak punya akaun Maybank2u? Tak perlu risau, sila baca cara daftar Maybank2u.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank Melalui Mesin ATM

Ikuti langkah-langkah cara tukar PIN Kad ATM di mesin ATM:

  1. Pergi ke ATM Maybank yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad Maybank Anda ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa Malaysia.
  4. Masukkan PIN Kad ATM Anda.
  5. Klik Urus Niaga Lain.
  6. Seterusnya, klik Tukar PIN.
  7. Masukkan PIN ATM Anda.
  8. Sila pilih Jenis Transaksi apa yang ingin ditukar.
  9. Klik PIN Kad.
  10. Sila masukkan PIN Baru yang Anda inginkan.
  11. Masukkan sekali lagi PIN Baru untuk mengesahkan.
  12. Tahniah, tukar no PIN Kad ATM Anda berjaya.

Macam mana cara kemaskini no telefon Maybank? Mudah sahaja, sila baca cara tukar no telefon Maybank.

Cara Aktifkan Kad Maybank

Adapun cara aktifkan kad Maybank sebagai berikut:

  1. Lawati pautan rasmi https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik tab Card Management.
  8. Klik Activate Now dan pilih kad Anda untuk diaktifkan.
  9. Ikuti langkah-langkah seterusnya hingga selesai.
  10. Tahniah, Anda berjaya aktifkan kad Maybank2u.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara kemaskini nombor PIN kad ATM Maybank, semoga membantu.