Cara Tukar No PIN Kad ATM OCBC Online
Cara Tukar No PIN Kad ATM OCBC Online

Cara Tukar No PIN Kad ATM OCBC Online

Posted on

Bagaimana cara tukar no PIN kad ATM OCBC? PIN kad debit/kredit OCBC adalah no rahsia yang digunakan oleh pemilik kad OCBC bagi membuktikan bahawa mereka betul merupakan pemilik sebenar kad tersebut.

PIN berguna sebagai kod keselamatan dan juga dapat membantu melindungi dari penipuan ketika kad hilang atau dicuri, PIN diperlukan semasa melakukan pembayaran.

Untuk menjaga keselamatan wang dalam akaun OCBC, Anda mestilah menukar PIN secara berkala. Berikut kami kongsikan pelbagai cara tukar nombor PIN kad ATM OCBC.

Cara Tukar No PIN Kad ATM OCBC Online

Sila ikuti langkah-langkah cara tukar no PIN kad ATM OCBC di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC https://www.ocbc.com.my
  2. Klik Login.
  3. Masukkan User ID Anda.
  4. Klik Login.
  5. Klik Confirm untuk sahkah Security Image&Phrase.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, pergi ke Customer Service dan di bawah kad, klik Set PIN.
  9. Pilih kad Anda dari senarai drop-down dan klik Next.
  10. Masukkan OTP 6 digit yang dihantar melalui SMS ke nombor handphone Anda.
  11. Sila masukkan PIN baru yang Anda inginkan.
  12. Masukkan sekali lagi PIN baru untuk disahkan.
  13. Tahniah, Anda berjaya tukar PIN ATM OCBC.

Baca juga panduan cara tukar password OCBC online banking.

Cara Tukar No PIN Kad ATM OCBC Melalui Aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking

Anda dapat muat turun aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking melalui Google Play Store atau App Store secara percuma. Selepas itu, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila login ke akaun OCBC Anda.
  2. Klik menu dan pilih Card Services.
  3. Klik Set PIN.
  4. Masukkan PIN 6 digit baru yang Anda inginkan.
  5. Masukkan sekali lagi PIN 6 digit baru untuk disahkan.
  6. Klik Next.
  7. Masukkan OTP yang dihantar ke handphone Anda melalui SMS.
  8. Masukkan OTP pada ruangan yang disediakan.
  9. Tahniah, Anda berjaya tukar PIN melalui aplikasi OCBC Mobile Banking.

Sekiranya Anda mahu menukar nombor telefon OCBC, Anda boleh baca cara tukar no telefon OCBC Bank.

Cara Tukar No PIN Kad ATM OCBC Melalui Perbankan Telefon

Selain melalui online Anda juga dapat tukar no PIN ATM melalui perbankan telefon dengan ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Hubungi 03-8317 5000
  2. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  3. Tekan 1 untuk Self Service PIN Selection.
  4. Tekan 1 untuk Credit Card PIN Selection atau Tekan 2 untuk Debit Card PIN Selection.
  5. Masukkan Nombor IC 12 digit dan tarikh lahir.
  6. Atau masukkan kod telefon dan PIN telefon 6 digit Anda.
  7. Masukkan Kod OTP yang Anda terima di nombor handphone Anda.
  8. Masukkan Nombor kad 4 digit terakhir Anda.
  9. Masukkan PIN 6 digit baru Anda.
  10. Masukkan sekali lagi PIN 6 digit baru Anda.
  11. Anda akan menerima pemberitahuan SMS mengenai kejayaan pembuatan PIN Anda.
  12. Selesai.

Cara Menukar No PIN Kad ATM OCBC Melalui Cawangan OCBC

Cara yang terakhir iaitu melalui cawangan OCBC:

  1. Sila pergi ke cawangan OCBC terdekat.
  2. Maklumkan kepada Pegawai Bank bahawa Anda ingin menukar PIN baru untuk kad Kredit atau Debit OCBC Anda.
  3. Masukkan kod PIN 6 digit baru Anda di pad PIN.
  4. Sahkan PIN 6 digit baru Anda.
  5. Selesai.

Itulah panduan cara tukar nombor PIN kad debit/kredit OCBC, semoga membantu.