Cara Tukar No PIN Kad ATM Public Bank
Cara Tukar No PIN Kad ATM Public Bank

Cara Tukar No PIN Kad ATM Public Bank

PIN, atau Personal Identification Number, adalah kod rahsia yang diberikan kepada, atau dipilih oleh ahli kad untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik kad pembayaran yang sah. PIN untuk kad Malaysia mempunyai enam digit. PIN Anda mesti selalu dirahsiakan.

Sekarang pelbagai macam pembelian dengan kad kredit, kad debit mesti menggunakan PIN 6 digit dan bukan tanda tangan, perkara itu diluluskan sejak 1 Julai 2017.

Bagi Anda yang sudah mempunyai 6 digit PIN, Anda dinasihatkan untuk menukar No PIN Kad ATM secara berkala demi menjaga keselamatan akaun Anda, sila rujuk panduan di bawah ini untuk mengetahui langkah-langkah cara tukar no PIN kad ATM Public Bank melalui online.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Public Bank Online

Sila ikuti panduan cara menukar no PIN kad ATM Public Bank melalui online, pastikan Anda login Public Bank online terlebih dahulu.

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Klik Login >PBe.
  3. Masukkan Username akaun Anda.
  4. Klik Next.
  5. Sahkan Phrase correct Anda dengan klik Yes.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, pilih Account.
  9. Kemudian, pilih PB Card.
  10. Pilih Create Card PIN.
  11. Seterusnya, pilih kad yang Anda ingin buat PIN.
  12. Kemudian, klik Confirm.
  13. Kod OTP akan dihantar ke nombor handphone Anda.
  14. Masukkan Kod OTP dan klik Next.
  15. Masukkan Nombor PIN 6 digit baru yang Anda inginkan.
  16. Masukkan semula Nombor PIN 6 digit baru Anda.
  17. Klik Confirm.
  18. Tahniah, Anda berjaya tukar no PIN kad ATM Public Bank.

Cara Tukar No PIN Kad Public Bank Melalui ATM Public Bank

Panduan cara menukar PIN kad Public Bank melalui mesin ATM:

  1. Lawati ATM Public Bank yang berhampiran.
  2. Sila pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  3. Masukkan PIN ATM Anda.
  4. Klik Urus Niaga Lainnya.
  5. Klik Tukar PIN.
  6. Masukkan PIN ATM Anda sekali lagi.
  7. Sila pilih jenis transaksi yang Anda ingin tukar PIN.
  8. Klik PIN Kad.
  9. Seterusnya, masukkan PIN baru kad Anda.
  10. Masukkan sekali lagi PIN baru kad Anda untuk pengesahan.
  11. Selesai.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Public Bank Melalui IVR

Selain melalui online dan melalui ATM, Anda dapat menukar no PIN kad ATM Public Bank melalui IVR:

  1. Hubungi nombor hubungan yang tercetak di bahagian belakang kad Anda.
  2. Pilih Bahasa pilihan Anda.
  3. Pilih 2 untuk Permintaan Nyata PIN Kad.
  4. Pilih 1 untuk Permintaan PIN Kad Baru.
  5. Masukkan Nombor IC Baru Anda.
  6. Masukkan 8 digit terakhir nombor kad Kredit/Debit Anda.
  7. Masukkan nombor PIN 6 digit baru yang Anda inginkan.
  8. Masukkan semula nombor PIN 6 digit baru untuk disahkan.
  9. Kod OTP akan dihantar ke nombor handphone Anda.
  10. Masukkan Kod OTP.
  11. Seterusnya, pilih 1 untuk menyelesaikan pembuatan PIN atau pilih untuk memasukkan semula OTP.
  12. Selesai.

Semoga maklumat yang kami kongsikan dapat bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah Anda.