Cara Tukar No Telefon Alliance Bank
Cara Tukar No Telefon Alliance Bank

Cara Tukar No Telefon Alliance Bank

Kehilangan telefon bimbit atau nombor telefon tak aktif boleh sahaja terjadi kepada sesiapa sahaja. Sekiranya Anda adalah pelanggan Alliance Bank dan ingin menukar nombor telefon Alliance Bank yang lama dengan yang baru, Anda boleh ikuti panduan cara tukar no telefon Alliance Bank yang kami share pada artikel ini.

Sebelum kemas kini no telefon Alliance Bank, Anda mesti tahu bahawa nombor telefon yang berdaftar di Alliance Online digunakan untuk keperluan menerima kod TAC melalui SMS. Jadi, jika Anda mahu buat transaksi berjaya Anda mesti masukkan kod TAC untuk menyelesaikan transaksi yang Anda buat.

Ada 3 cara yang boleh Anda gunakan untuk menukar nombor telefon Alliance Bank, sila ikuti langkah-langkah di bawah.

Cara Menukar Nombor Telefon Alliance Bank di ATM

Sekiranya Anda telah mendaftar melalui ATM/Kad Debit, sila pergi ke mana-mana ATM Alliance Bank terdekat Anda untuk mengemas kini nombor telefon bimbit Anda:

  1. Lawati mesin ATM Alliance Bank yang berdekatan.
  2. Masukkan kad Anda ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa dan masukkan Nombor PIN Anda.
  4. Kemudian, tekan butang Other Service.
  5. Tekan butang More Service.
  6. Kemudian pilih Internet Banking Handphone Update.
  7. Masukkan nombor telefon Anda.
  8. Nombor telefon Anda berjaya ditukar.

Mungkin Anda berminat mengetahui cara transfer duit Alliance Bank ke bank lain.

Cara Tukar Nombor Telefon Alliance Bank melalui Contact Center

Jika Anda mempunyai kad Credit/Prepaid Card Alliance Bank, maka mengemas kini nombor telefon Anda dapat dilakukan melalui sambungan telefon.

Langkah-langkah cara tukar no telefon Alliance Bank melalui contact center.

  1. Sila hubungi 03 5516 9988
  2. Bagitahu perkhidmatan pelanggan bahawa Anda ini menukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  3. Pastikan untuk mengikuti arahan yang diminta oleh pegawai bank untuk menyelesaikan prosedur kemaskini no telefon.

Cara Kemaskini No Telefon Alliance Bank di Bank

Nampaknya lawatan terus ke bank menjadi satu jawapan utama untuk semua masalah perbankan, termasuk mengemas kini nombor telefon Anda. Sekiranya Anda memutuskan untuk memilih kaedah ini, apa yang perlu Anda lakukan iaitu:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Alliance Bank yang terdekat, jangan lupa membawa kad pengenalan.
  2. Beratur untuk perkhidmatan pelanggan.
  3. Beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa Anda ingin menukar nombor telefon.
  4. Anda perlu mengisi borang yang diberikan oleh pegawai bank.
  5. Selesai.

Semoga perkongsian yang kami nyatakan diatas dapat membantu menyelesaikan masalah Anda, sila share artikel ini sekiranya bermanfaat.