Cara Tukar No Telefon Bank Islam
Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Cara tukar no telefon Bank Islam bolehkah dilakukan secara online? Tentu sahaja boleh, Anda boleh menukar nombor telefon Bank Islam lama dengan nombor baru secara online. Perkara kemaskini no telefon Bank Islam kerap terjadi kerana pelbagai sebab seperti handphone hilang, no telefon disekat dan no telefon sudah tidak aktif.

Jika Anda mendapat masalah seperti yang dinyatakan diatas, Anda dinasihatkan untuk segera kemaskini no telefon Bank Islam. Tak perlu masa lama untuk kemaskini nombor telefon Bank Islam hanya perlu beberapa minit sahaja, dah siap.

Tukar Nombor Telefon Bank Islam

Macam mana jika saya tak punya akaun Bank Islam online banking di bankislam.biz, apa perlu buat? Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun berdaftar di bankislam.biz, Anda boleh membuat pandaftaran secara online. Sila baca panduan cara daftar Bank Islam online yang telah kami kongsi sebelumnya.

  1. Anda perlu melayari laman web rasmi di https://www.bankislam.biz
  2. Sila log masuk dengan memasukan User ID dan Password Anda.
  3. Pilih tab Settings. Dan kemudian klik pada Mobile Number Maintenance. Cara Menukar No Telefon Bank Islam
  4. Pada bahagian Mobile Number. Masukkan nombor baru Anda. Klik butang Submit.
  5. Semak semula nombor telefon yang Anda masukkan dan klik Confirm.
  6. Kod pengesahan akan dihantar ke nombor asal Anda, Anda perlu masukkan kod tersebut dan klik Confirm.

Nota: Nombor asal Anda diperlukan untuk mendapatkan kod pengesahan. Jika nombor asal Anda hilang atau tidak aktif, Anda perlu terus pergi ke cawangan Bank Islam uang berdekatan untuk menukar nombor telefon.

Terlupa User ID dan kata laluan Bank Islam online? Baca panduan cara dapatkan semula user ID dan kata laluan Bank Islam pada artikel lupa User ID dan Password Bank Islam.

Kemas Kini No Teledon Bank Islam di ATM

Kaedah ini perlu kena pergi ke mesin ATM Bank Islam, pastikan Anda membawa kad debit/credit seterusnya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Masukkan kad Anda ke ATM Bank Islam.
  2. Masukkan PIN Anda.
  3. Tekan Online Banking.
  4. Tekan Mobile Phone.
  5. Masukkan Mobile Phone Number.
  6. Selesai.

Cara Menukar No Telefon Bank Islam di Cawangan

Sebelum pergi ke cawangan bank, Anda perlu membawa kad pengenalan untuk proses pengesahan dan nombor telefon baru. Setelah itu ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan.
  2. Pegawai bank akan memberi Anda borang yang perlu Anda isikan.
  3. Borang tersebut merupakan borang Pendaftaran Telefon bimbit Perbankan Internet untuk Kod I-Access.
  4. Setelah selesai isikan borang tersebut, sila berikan kepada pegawai bank.
  5. Tunggu beberapa minit, nombor telefon lama telah berjaya di tukar dengan nombor telefon baru.

Itulah pelbagai cara tukar nombor telefon Bank Islam yang boleh Anda cuba, semoga maklumat yang kami share dapat bermanfaat.