Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat
Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat

Bank Muamalat merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perbankan online yang dikenali sebagai i-Muamalat. i-Muamalat menawarkan perkhidmatan dengan ciri yang dapat memudahkan pelanggan membuat transaksi online seperti pemindahan dana, bayar bil, bayar pinjaman wang, top up dan banyak lagi.

Untuk makluman, setiap transaksi yang Anda buat di i-Muamalat memerlukan kod keselamatan atau pengesahan yang dikenali sebagai TAC. TAC boleh Anda dapatkan jika no telefon Anda telah berdaftar di Bank Muamalat. Jadi, sekiranya Anda mahu dapatkan kod TAC Anda mesti kemaskini no telefon lama dengan no telefon baru.

Ramai korang yang tertanya-tanya, macam mana cara tukar no telefon Bank Muamalat untuk keperluan TAC yang betul tu. Berikut kami kongsikan cara menukar no telefon Bank Muamalat yang dapat Anda ikuti.

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat Online

Anda dapat menukar no telefon Bank Muamalat melalui perkhidmatan perbankan i-Muamalat internet banking, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari online banking i-Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan Username dan Password untuk Login. Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat via Internet Banking
  3. Pilih Other Service.
  4. Pilih My Data.
  5. Pilih Update Mobile Number.
  6. Masukkan nombor telefon baru Anda.
  7. Setelah Update Nombor Telefon Anda dikhendaki menhubungi talian perkhdimatan pelanggan 03-26005500 untuk pengaktifan.

Sekiranya nombor telefon bimbit TAC Anda tidak sesuai dengan rekod Bank, Anda akan dinasihatkan untuk lawati cawangan Bank Muamalat terdekat untuk kemas kini nombor telefon bimbit.

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat via Branch

Cara tukar no HP di cawangan Bank Muamalat memerlukan Kad debit/kredit, kad pengenalan dan nombor telefon baru.

Setelah Anda sediakan syarat tersebut, sila ikuti panduan di bawah ini.

  1. Sila pergi mana-mana cawangan Bank Muamalat berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti kad debit/kredit, no telefon baru dan kad pengenalan.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga no Anda dipanggil.
  4. Bagitau pegawai bank bahawa Anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  5. Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon Anda.

Jika Anda tidak mendapatkan kod TAC setelah kemaskini no telefon, Anda dinasihatkan untuk hubungi customer care line Bank Muamalat di +60326005500.