Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat
Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat

Bank Rakyat menyediakan platform perbankan online iRakyat bagi memudahkan para pelanggannya melakukan pelbagai transaksi online.

Untuk melaksanakan urusan transaksi online iRakyat, no telefon Anda mestilah telah berdaftar di Bank Rakyat.

Macam mana jika no telefon yang Anda daftarkan telah tamat atau hilang, jika Anda ingin mengemaskini no telefon Bank Rakyat, rujuk panduan berikut.

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat Melalui Cawangan Bank Rakyat

Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Sila pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.
  2. Anda mesti membawa dokumen seperti Kad ATM, Kad Pengenalan dan Buku Bank (Optional).
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor Anda dipanggil.
  4. Sila maklumkan kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  5. Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini no handphone Anda.
  6. Selesai.

Baca juga : Cara Tukar No PIN Kad ATM Bank Rakyat

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat Melalui Perkhidmatan Tele-Rakyat

Anda juga dapat mengemaskini melalui perkhidmatan Tele-Rakyat:

  • Sila hubungi Tele-Rakyat di 1-300-80-5454
  • Maklumkan kepada pegawai Bank Rakyat bahawa Anda ingin kemaskini no handphone lama dengan yang baru.
  • Siapkan beberapa dokumen peribadi untuk kemaskini no telefon.
  • Pihak bank Rakyat akan tanya mengenai maklumat peribadi Anda untuk proses pengesahan.
  • Tunggu beberapa minit, kemaskini no handphone i-Rakyat berjaya dilakukan.

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Rakyat Melalui Email

  • Anda dapat hantar mengenai tukar no handphone Anda ke emeil telerakyat@bankrakyat.com.my

Contoh Email:

Subjek: Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Internet Banking
Isi Email: Saya ingin tukar no telefon internet banking lama dengan yang baru, berikut adalah maklumat peribadi saya:
Nama: Azzam Lutfhi
No Kad Pengenalan: 3734634672384509
No telefon lama: +603 62537382643
No telefon baru: +603 786513253790
Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru

  • Jika Anda tidak ingat no handphone lama kerana no handphone Anda hilang, ruangan no telefon lama jangan diisi atau beri tanda (-)
  • Hantar salinan kad pengenalan melalui emel.
  • Pihak Bank Rakyat akan hubungi Anda untuk proses pertukaran no handphone dan pengesahan.
  • Mohon siap sedia menerima panggilana dari Bank Rakyat.

Sekiranya Anda perlukan wang segera, boleh baca artikel pinjaman wang segera Bank Rakyat.

Itulah panduan cara kemaskini no telefon Bank Rakyat, semoga membantu.