Cara Tukar No Telefon BSN
Cara Tukar No Telefon BSN

Cara Tukar No Telefon BSN

Pada artikel kali ini kami akan berkongsi cara tukar no telefon BSN atau cara kemaskini nombor telefon BSN untuk tujuan internet banking, penerimaan no TAC ataupun no OTP dan BSN SMS banking.

Untuk makluman Anda, pelanggan BSN tidak lagi dibenarkan untuk membuat pertukaran atau pengemaskinian nombor telefon menggunakan mesin ATM dan mesin CDM. Anda hanya dibenarkan untuk membuat pertukaran dan pengemaskinian melalui kaunter BSN.

Jadi Anda perlu ke kaunter mana-mana cawangan BSN berhampiran untuk pertukaran dan pengemaskinian nombor telefon BSN.

Cara Kemaskini Nombor Telefon BSN di Kaunter

Sebelum pergi ke kaunter BSN, Anda mesti membawa kad pengenalan dan kad ATM debit/kredit. Dan bagi mereka yang tidak mempunyai kad debit/kredit, Anda perlu membawa bersama buku simpanan Anda dan bawa duit yang mencukupi.

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan BSN berhampiran.
  2. Semasa di kaunter BSN, Anda perlu bagitahu pegawai BSN yang Anda ingin menukar dan mengemaskini nombor telefon untuk tujuan BSN SMS Banking ataupun untuk pendaftaran myBSN.
  3. Nanti pegawai BSN akan membantu Anda melakukan penukaran dan pengemaskinian no telefon BSN Anda.

Selepas kemaskini atau tukar no telefon Anda, Anda dinasihatkan untuk login BSN online Anda dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya Anda mempunyai masalah selepas kemaskini atau update no HP, Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian 1300 88 1900.

Cara Tukar No Telefon BSN di ATM

Dahulu kemaskini no telefon di BSN boleh dilakukan melalui mesin ATM. Tapi sekarang sudah tidak boleh sebab alasan keselamatan. Pihak BSN menasihatkan pelanggan untuk kemaskini di kaunter BSN.

Jadi sila pergi ke mana-mana kaunter BSN terdekat untuk update phone number BSN Anda.

Perkhidmatan Pelanggan BSN

Terdapat beberapa perkhidmatan pelanggan yang boleh Anda hubungi sekiranya Anda mempunyai sebarang masalah, sila semak maklumat di bawah ini.

  • Untuk perkhidmatan pelanggan hubungi talian 1300 88 1900.
  • Untuk sebarang kad yang dicuri atau hilang di Malaysia hubungi talian 1300 88 1900.
  • Untuk sebarang kad yang dicuri atau hilang semasa Anda berada di luar negara, hubungi di talian 603 2613 1900.
  • Untuk pelanggan atau kad Platinum hubungi talian 1800 22 0800.
  • Untuk kad Platinum yang dicuri atau hilang semasa Anda berada di luar negara, hubungi talian 603 2688 0800.

Maklumat myBSN

Sekiranya Anda ingin mengetahui mengenai maklumat lanjut mengenai bank BSN tanpa perlu mengunjungi cawangan tempatan terdekat Anda, maka sila lawati portal rasmi BSN yang akan memberikan Anda semua maklumat yang Anda perlukan.

Anda boleh mengetahui mengenai maklumat syarikat serta perkhidmatan dan produk mereka. Selain itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) jugak menyediakan perkhidmatan perbankan internet yang akan menjadikan aktiviti kewangan Anda lebih mudah dan berkesan.

Sila lawati www.mybsn.com.my untuk membuat aktiviti perbankan seperti memeriksa baki wang Anda, pemindahan duit (termasuk penerimaan dan pengiriman), pembayaran bil atau pembayaran kad kredit, dan banyak lagi.

Tidak mempunyai akaun myBSN online banking? Tak perlu risau, sila baca cara daftar BSN online untuk mendaftar perkhidmatan myBSN.

Jadi itu sahaja perkongsian saya kali ini, semoga membantu.