Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks
Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks

Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks

Cara tukar no telefon CIMB untuk keperluan TAC bolehkah dilakukan secara online? Tak boleh, Anda hanya boleh menukar nombor telefon CIMB lama dengan nombor baru melalui mesin ATM CIMB sahaja. Perkara kemaskini nombor telefon CIMB kerap terjadi kerana pelbagai sebab seperti telefon bimbit hilang, nombor telefon disekat dan no telefon sudah tidak aktif.

Sekiranya Anda mendapat masalah seperti yang dinyatakan diatas, Anda disyorkan untuk segera tukar no telefon CIMB. Sekarang setiap pelanggan CIMB boleh mengemas kini nombor telefon melalui ATM CIMB. Walau bagaimanapun, pengguna dengan nombor telefon bukan negara Malaysia tidak dapat kemaskini nombor telefon melalui ATM. Mereka harus menghubungi hotline perkhidmatan pelanggan CIMB di +603 6204 7788 dan meminta untuk mendaftarkan nombor telefon mereka.

Kami telah sediakan langkah-langkah cara menukar nombor telefon CIMB Clicks di bawah.

Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks via ATM

Panduan berikut hanya dapat digunakan untuk pelanggan dengan nombor telefon bimbit yang didaftarkan di Malaysia.

  1. Lawati mesin ATM CIMB terdekat
  2. Masukkan kad debit/credit Anda.
  3. Masukkan PIN.
  4. Tekan Other pada menu utama.
  5. Kemudian, klik pada CIMB Clicks
  6. Masukkan nombor telefon baru Anda. Tekan Proceed
  7. Tahniah Anda telah berjaya mengemas kini nombor telefon bimbit Anda.

Nota: Untuk tujuan keselamatan, pertukaran nombor telefon tidak dapat dilakukan secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih CIMB Clicks. Langkah cara menukar no telefon CIMB melalui mesin ATM ini adalah untuk mengemaskini nombor telefon bimbit berdaftar Anda bagi tujuan menerima TAC melalui SMS

Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks via Online

Sila ambil perhatian bahawa sebarang kemas kini kepada Alamat E-mel, Nombor Telefon dan Nombor Kecemasan adalah untuk rekod CIMB Clicks dan untuk komunikasi berhubung dengan CIMB Clicks sahaja.

  1. Pertama, sila login CIMB Clicks.
  2. Pergi ke bahagian Update Profile. Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks via CIMB Website
  3. Kemaskini ombor telefon Anda dengan yang baru, klik Save.
  4. CIMB akan hantar nombor TAC ke nombor telefon Anda.
  5. Masukkan nombor TAC dan klik Submit.
  6. Selesai.

Baca juga panduan jika lupa User ID dan Password CIMB Clicks online.

Sila kemaskini nombor telefon Anda segera, sekiranya Anda tidak kemaskini nombor telefon, Anda akan kesulitan melakukan transaksi perbankan melalui CIMB Clicks. Sebab setiap transaksi yang terjadi memerlukan kod TAC untuk pengesahan dan keselamatan.