Cara Tukar No Telefon Hong Leong
Cara Tukar No Telefon Hong Leong

Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank

Sekarang ni perkhidmatan perbankan internet Hong Leong Bank (HLB) semakin berkembang sehingga ramai korang yang mahu gunakan perkhidmatan ini kerana boleh memudahkan urusan harian pelanggan dengan menjalankan transaksi kewangan secara atas talian dan pada bila-bila masa.

Hong Leong Connect merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Hong Leong Bank untuk melaksanakan urusan online banking seperti top up, bayar bill, bayar pinjaman, transfer dan banyak lagi.

Setiap transaksi kewangan melalui Hong Leong Connect memerlukan kod keselamatan TAC, kod ini boleh Anda dapatkan jika nombor telefon Anda telah berdaftar di perkhidmatan perbankan Hong Leong.

Jika Anda belum mendaftar no telefon Hong Leong Bank atau ingin kemaskini no telefon Hong Leong Bank, Anda boleh ikuti cara yang kami kongsikan di bawah ini.

Cara Menukar Nombor Telefon Hong Leong Bank di Cawangan

Sebelum pergi ke cawangan bank HLB, Anda mesti membawa kad pengenalan dan nombor telefon baru. Setelah itu ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Sila pergi ke cawangan Hong Leong Bank berdekatan
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad Pengenalan, Kad ATM, dan nombor telefon baru.
  3. Ambil angka giliran customer service dan tunggu sehingga no Anda dipanggil.
  4. Pegawai bank akan berikan borang yang mesti Anda isikan, setelah isikan borang tersebut, sila berikan kepada pegawai bank.
  5. Tunggu beberapa mini, dah siap.

Cara Menukar No Telefon Hong Leong Bank di ATM

Cara yang paling cepat dan pantas iaitu melalui mesin ATM.

  1. Sila pergi ke mesin ATM Hong Leong Bank yang terdekat.
  2. Masukkan kad debit atau kad kredit Hong Leong Bank dan lalu masukkan PIN Anda.
  3. Tekan PIN > TAC > Limit.
  4. Masukkan nombor telefon baru Anda.
  5. Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin.
  6. Sila Ambil resit untuk rujukan.

Sila baca cara tukar password Hong Leong Bank online secara berkala untuk tingkatkan keselamatan akaun HLB connect.

Kemas Kini Nombor Telefon Hong Leong melalui Mobile Banking

Cara Tukar No Telefon Hong Leong via Mobile Banking App

Inilah cara menukar nombor telefon Hong Leong melalui mobile banking HLB Connect:

  1. Buka aplikasi perbankan mudah alih HLB Connect.
  2. Klik Menu.
  3. Pilih menu Services.
  4. Kemudian pilih Credit Card.
  5. Pilih Update Contact Info.
  6. Edit Contact Information, Kemudian pilih Next, Pilih Save Changes .
  7. Masukkan TAC 6 digit yang dihantar kepada anda.

Tukar Nombor Telefon Hong Leong Online Banking

Cara menukar nombor telefon Hong Leong melalui internet banking HLB Connect:

  1. Sila log masuk HLB Connect Anda.
  2. Klik Update Contact Information.
  3. Pilih Product Type.
  4. Masukkan TAC 6 digit yang dihantar kepada telefon bimbit Anda.
  5. Kemaskini maklumat nombor telefon Anda.
  6. Pilih Next untuk mengesahkan perubahan butiran dan kemudian pilih Submit.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa sebarang kemas kini kepada alamat email, nombor telefon dan nama kat Hong Leong Connect internet banking dan HLB Connet Mobile Banking adalah untuk rekod Hong Leong Bank dan untuk komunikasi berhubung dengan Hong Leong Bank sahaja.