Cara Tukar No Telefon Maybank2u

Cara Tukar No Telefon Maybank

Posted on

Kepada Anda yang ingin membuat pendaftaran atau yang ingin menukar no telefon Maybank Anda, jangan risau sebab kami akan berkongsi langkah-langkah cara kemaskini no telefon Maybank.

Kami akan menerangkan cara menukar nombor telefon Maybank yang betul dan pasti berjaya. Cara ini berlaku bagi Anda yang dah pun mendaftar kali pertama dan maybe Anda punya nombor telefon hilang ataupun Anda ingin menukar no telefon lama kepada yang baru.

Ada 2 cara untuk menukar no telefon yang mana cara yang pertama adalah melalui mesin ATM dan cara yang kedua adalah melalui kaunter Maybank.

Cara Tukar No Telefon Maybank2u via ATM

Pertama, sila pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank berdekatan dengan membawa kad ATM.

  1. Masukkan kad ATM di bahagian yang disediakan.
  2. Masukkan no PIN kad ATM Anda dan pilih Bahasa.
  3. Anda pilih Maybank2u/Phone Banking/SMS Alerts.Cara Tukar No Telefon Maybank2u via ATM
  4. Kemudian tekan kemaskini Telefon Bimbit M2U TAC.
  5. Masukkan nombor telefon yang baru.Cara Tukar No Telefon Maybank2u via ATMs
  6. Kemudian tekan OK.
  7. Selesai.

Jadi, lepas ini jika Anda membuat sebarang transaksi, nombor TAC akan dihanar ke nombor telefon yang baru Anda kemaskini.

Cara Menukar No Telefon Maybank Melalui Kaunter Maybank

Anda perlu ke kaunter mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran dan pengemaskinian nombor telefon bimbit Anda.

Untuk maklumat tambahan, pertukaran nombor TAC Maybank2u tidak boleh dilakukan secara online ataupun melalui Maybank2u.

Ia hanya boleh dilakukan samaada melalui kaunter ataupun mesin ATM Maybank.

Apa itu TAC Maybank

Transaction Authorization Code (TAC) merupakan 6 digit kod unik yang akan Anda dapatkan semasa melakukan transaksi perbankan online bersama Maybank2u.

TAC seperti kod keselamatan dan pengesahan transaksi untuk mengesahkan identiti dan tujuan keselamatan semasa Anda melakukan transaksi online di maybank2u. Jadi sekiranya Anda mahu transfer duit Maybank ke bank lain mesti perlukan kod TAC agar proses transfer berjaya.

Jika Anda mendapat masalah semasa membuat transaksi yang memerlukan no kad bank dan no TAC yang dihantar pada telefon yang lama, sila hubungi customer service Maybank untuk menyelesaikan masalah Anda.

Itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga perkongsian ini dapat membantu Anda.