Cara Tukar No Telefon OCBC
Cara Tukar No Telefon OCBC

Cara Tukar No Telefon OCBC Bank

Perkara hilang handphone atau no telefon sudah tak aktif boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk Anda. Sebagai pelanggan OCBC, Anda mungkin risau sebab tak boleh membuat urusan perbankan kerana kod OTP dihantar ke no telefon lama.

Namun tak perlu risau, kerana kami akan berkongsi cara tukar no telefon OCBC bank yang boleh Anda ikuti untuk kemaskini no telefon lama dengan no telefon baru.

Sila ikuti panduan cara tukar no telefon OCBC bank di bawah ini.

Cara Kemaskini Nombor Telefon OCBC di Cawangan

Lawati mana-mana cawangan OCBC Bank berdekatan, jangan lupa membawa kad pengenalan bagi proses pengesahan dan membawa no telefon baru untuk tukar no telefon lama.

Setelah itu pegawai bank akan berikan Anda borang yang mesti Anda lengkapi, isikan borang tersebut dan berikan semula kepada pegawai bank.

Tunggu beberapa minit, kemaskini no telefon Anda dah siap.

Cara Menukar No Telefon OCBC melalui Customer Service

Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan di 1800-363-3333 untuk kemaskini no handphone lama dengan yang baru.

Sila Ikuti panduan yang diberikan oleh pegawai bank sehingga proses kemaskini no telefon Anda berjaya.

Cara Tukar No Telefon OCBC melalui Mobile Banking

Cara Menukar Nombor Telefon OCBC melalui Internet Banking Website

Langkah-langkah cara menukar nombor telefon OCBC guna mobile banking:

  1. Login aplikasi OCBC mobile banking.
  2. Pilih Setting.
  3. Pilih Update phone number/email.
  4. Masukkan nombor telefon Anda, klik Next.
  5. semak maklumat peribadi Anda, tap Submit.
  6. Kemas kini nombor telefon Anda selesai.

Baca jugak panduan cara tukar password OCBC online.

Kemaskini Nombor Telefon OCBC Online

Cara Menukar Nombor Telefon OCBC melalui Internet Banking Portal

Anda boleh kemaskini nombor telefon OCBC melalui internt banking.

  1. Log masuk OCBC online banking.
  2. Klik Setting
  3. Klik Update phone number/email or Change personal details.
  4. Klik butang Edit.
  5. Masukkan No Telefon Anda.
  6. Request TAC/OTP, masukkan kod TAC/OTP untuk pengesahan.
  7. Selesai.

Cara Tukar No Telefon OCBC melalui ATM

Jika Anda ingin menggunakan kaedah ini, Anda perlu sediakan kad Debit/Kredit. Setelah itu sila ikuti panduan di bawah ini.

  1. Sila pergi ke OCBC ATM terdekat.
  2. Masukkan Kad Debit dan PIN Anda.
  3. Pilih Kemaskini no Telefon/OTP
  4. Masukkan No Telefon Baru Anda.
  5. Selesai.

Itulah panduan cara menukar no phone OCBC bank, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.