Cara Tukar No Telefon Public Bank
Cara Tukar No Telefon Public Bank

Cara Tukar No Telefon Public Bank

Handphone saya hilang sehingga saya tak boleh dapatkan kod PAC Public Bank atau macam mana cara tukar no telefon Public Bank, apa perlu buat? Ramai orang yang tanyakan masalah tersebut.

Bagi Anda yang mengalami kemalangan hilang handphone atau nombor telefon lama sudah tak aktif dan banyak lagi masalah yang berkaitan, tak perlu risau.

Sebab kami akan kongsikan cara mudah dan pantas langkah-langkah cara tukar nombor telefon Public Bank.

Cara Tukar No Telefon Public Bank

Sebetulnya mudah sahaja jika Anda ingin kemaskini no telefon lama dengan yang baru. Yang perlu Anda sediakan iaitu no telefon baru, kad pengenalan dan kad ATM.

Selepas itu sila lawati mana-mana cawangan Public Bank terdekat untuk kemaskini nombor telefon bimbit Anda.

Bolehkah kemaskini nombor telefon Public Bank secara online atau melalui ATM? Untuk sekarang, kemaskini no telefon Public Bank hanya dapat dilakukan di bank sahaja.

Namun, jika Anda lupa User ID dan Password Public Bank online banking, Anda boleh dapatkan kedua maklumat tersebut secara online.

Apa Itu PAC

PAC adalah sistem yang menghasilkan kod pengesahan 6 digit. Setiap PAC unik dan bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan pengguna.

Bolehkah saya menggunakan PAC yang sama untuk pelbagai transaksi? Tidak. PAC baru diperlukan untuk setiap transaksi.

Sentiasa gunakan setiap PAC dengan berhati-hati. Jangan berkongsi atau masukkan nombor PAC Anda tanpa memeriksa butiran di bawah ini terlebih dahulu:

  1. Payee’s name
  2. Transaction amount
  3. Serial number
  4. PAC number
  5. Date
  6. Time

Nota: Nombor PAC tidak pernah diperlukan di halaman log masuk PBe. Jadi jika ada orang lain yang meminta kod PAC kepada Anda, jangan berikan! Boleh jadi Anda akan kena penipuan.

Bila PAC Digunakan?

Anda akan menerima kod PAC melalui SMS jika Anda melakukan transaksi atas talian (online). PAC hanya berlaku setelah Anda berjaya masuk ke PBe atau PB engage.

PAC diperlukan jika Anda membuat transaksi kewangan:

  • Fund transfer to other PBB accounts
  • Interbank GIRO (IBG)/Instant Transfer/RENTAS
  • Bill Payment
  • Investment
  • eFD placement and withdrawal
  • Prepaid top-up
  • Direct debit/ payment agent
  • FPX
  • Foreign remittance
  • Fund transfer to own accounts for daily aggregate more than RM5,000.00
  • Western Union transfers

Adakah kod PAC diperlukan untuk semak baki akaun Public Bank secara online? Jawapannya, tidak perlu.

Macam Mana Cara Gunakan PAC

  1. Sila log masuk Public Bank online PBe
  2. Pilih jenis transaksi yang ingin Anda buat.
  3. Pada halaman pengesahan (confirmation) klik Request PAC Now.
  4. Setelah Anda mendapatkan kod 6 digit PAC di SMS, sila masukkan kod PAC tersebut untuk proses pengesahan transaksi.
  5. Klik Confirm, untuk menyelesaikan transaksi.

Itulah maklumat cara kemaskini no telefon Public Bank untuk keperluan PAC, semoga membantu.