Cara Tukar No Telefon RHB Bank
Cara Tukar No Telefon RHB Bank

Cara Tukar No Telefon RHB Bank

Untuk melaksanakan urusan online banking di logon.rhb.com.my atau RHB mobile banking, Anda dinasihatkan untuk mengemaskini nombor telefon lama dengan nombor telefon yang aktif. Sebab setiap transaksi yang dibuat melalui perkhidmatan RHB Bank online banking memerlukan kod OTP untuk proses pengesahan dan keselamatan.

Jadi jika no telefon bimbit Anda sudah tidak aktif atau handphone Anda hilang, sila segera kemaskini no telefon di ATM, cawangan bank atau secara online.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara tukar nombor telefon RHB bank yang dapat Anda ikuti.

Cara Tukar No Telefon RHB Bank di ATM

Sebelum pergi ke ATM RHB bank, pastikan Anda membawa kad Debit/Kredit.

  1. Sila pergi ke mesin ATM RHB Bank berdekatan.
  2. Masukkan kad Debit/ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih Bahasa.
  4. Pilih Lain-Lain.
  5. Pilih Pendaftaran Nombor Telefon Bimbit.
  6. Pilih RHB Now OTP
  7. Masukkan nombor telefon baru Anda.
  8. Semak nombor telefon baru, tekan butang Sahkan.
  9. Ambil resit atau slip untuk rujukan.

Anda mempunyai hutang pinjaman kereta di RHB Bank? Baca panduan cara semak baki pinjaman kereta RHB bank secara online.

Cara Menukar Nombor OTP RHB Bank Online

Panduan langkah-langkah cara menukar nombor RHB Bank:

  1. Pergi ke tab Menu, di sebelah kiri skrin.
  2. Klik pada pautan My Account.
  3. Seterusnya Klik pada pautan Manage Account. Cara Tukar No Telefon RHB Bank via Online Banking
  4. Klik Profil.
  5. Klik Edit Mobile Number
  6. Tahniah, Anda berjaya kemaskini nombor handphone RHB Bank.

Sekiranya Anda terlupa username dan password RHB Bank online, sila baca artikel lupa username dan password RHB Bank bagi dapatkan semula akses online banking Anda.

Cara Menukar Nombor Telefon RHB Bank di Cawangan

Untuk pelanggan baru, Anda boleh mendaftarkan nombor telefon bimbit Anda untuk menerima OTP di cawangan RHB Bank semasa pembukaan akaun. Sebagai alternatif, Anda juga boleh mendaftarkan nombor telefon bimbit di mana-mana ATM RHB di seluruh negara.

Untuk pelanggan yang sedia ada, jika nombor telefon bimbit Anda ada dalam rekod bank, Anda boleh mendaftar atau mengemas kini nombor tersebut untuk menerima OTP dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB di 03-9206 8118.

Jika tidak, Anda mesti pergi ke mana-mana cawangan RHB Bank atau RHB ATM untuk mendaftar / mengemas kini nombor telefon bimbit Anda.

Langkah-langkah cara update no telefon RHB Bank di cawangan

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan RHB Bank berdekatan.
  2. Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, dan Kad pengenalan.
  3. Ambil angka giliran dan tunggu sehingga angka giliran Anda dipanggil.
  4. Ikuti langkah seterusnya supaya proses update phone number RHB Bank berjaya lancar.

Semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda. Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB di 03-9206 8118.