Cara Tukar No Telefon Standard Chartered
Cara Tukar No Telefon Standard Chartered

Cara Tukar No Telefon Standard Chartered

Standard Chartered Bank (SC) merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk perbankan. Standard Chartered Bank telah melancarkan perkhidmatan yang boleh membantu memudahkan pelanggan melakukan aktiviti perbankan secara online dan pada bila-bila masa. Perkhidmatan Standard Chartered Bank dikenali sebagai Standard Chartered online banking.

Dengan menggunakan perkhidmatan SC online banking, Anda boleh membuat transaksi seperti top up, bayar bill, pemindahan dana dan banyak lagi. Selain itu Standard Chartered internet banking membolehkan pengguna untuk menukar nombor telefon.

Jika Anda ingin tukar no telefon Standard Chartered lama dengan yang baru, Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah.

Kemaskini Nombor Telefon Standard Chartered Online

Anda boleh gunakan peranti seperti smartphone atau laptop untuk akses Standard Chartered online banking.

  1. Pergi ke laman web perbankan dalam talian Standard Chartered.
  2. Klik butang Login > Online Banking Login
  3. Sila masukkan nama Username dan Password Anda. Klik butang Login.Tukar SC Nombor Telefon menggunakan iBanking Online
  4. Klik pada Profile atau Nama Anda. Klik pada Update Profil Details.
  5. Anda akan menerima SMS yang berisi pengesahan. Klik Approve untuk proses pengesahan.
  6. Sekarang Anda boleh kemaskini Contact Details Anda.
  7. Klik ikon pensil untuk Edit.
  8. Pilih nombor telefon dan taipkan nombor telefon baru Anda. Setelah selesai, klik pada Review.
  9. Ringkasan akaun Anda akan ditunjukkan di skrin. Jika semuanya betul, klik Next.
  10. SMS akan dihantar ke telefon bimbit Anda (nombor telefon baru yang telah Anda daftarkan).
  11. Masukkan kod OTP.
  12. Tahniah, Anda berjaya menukar nombor telefon Standard Chartered Bank.

Selain kemaskini nombor telefon SC bank, Anda jugak boleh baca panduan cara tukar password Standard Chartered online untuk keselamatan akaun Anda.

Soalan Lazim Tukar Nombor Telefon Standard Chartered

Berikut adalah soalan lazim yang ramai korang tanyakan.

1. Adakah cara lain untuk menukar nombor telefon saya?

Ya, Anda boleh pergi ke cawangan bank terdekat di kawasan Anda.

2. Adakah saya boleh tukar alamat emel saya?

Anda juga boleh menukar alamat e-mel dan alamat surat Anda.

3. Apa yang saya perlukan untuk menukar nombor telefon saya?

Tidak ada syarat yang mesti disiapkan sekiranya Anda menukar nombor telefon melalui internet banking, namun sekiranya Anda kemaskini nombor telefon di pejabat bank, Anda mesti bawa kad pengenalan untuk proses pengesahan.