Cara Tukar No Telefon UOB
Cara Tukar No Telefon UOB

Cara Tukar No Telefon UOB

Kemaskini nombor telefon UOB (United Overseas Bank) perlu dilakukan segera untuk keselamatan dan memudahkan proses transaksi kewangan di internet banking UOB.

Jika Anda mendapat masalah seperti nombor telefon bimbit lama tidak aktif atau nombor telefon bimbit hilang, Anda boleh kemaskini no telefon UOB menggunakan cara yang kami share.

Ada 2 cara yang boleh Anda gunakan iaitu, cara menukar nombor telefon UOB melalui borang dan cara tukar nombor telefon UOB di cawangan bank.

Kemas Kini Nombor Telefon UOB Melalui Online

Jika Anda telah mengaktifkan Mighty Secure, Anda boleh menukar nombor telefon Anda melalui laman internet banking UOB.

Sila ambil perhatian bahawa sebarang kemas kini kepada alamat email, nombor telefon dan home number adalah untuk rekod UOB dan untuk komunikasi berhubung dengan UOB sahaja.

  1. Pertama, akses https://pib.uob.com.my
  2. Kemudian, log masuk Personal Internet Banking.Kemas Kini Nombor Telefon UOB via Online Banking Website
  3. Setelah Anda log masuk ke Account. Klik My Profile.
  4. Pilih Personal Details. Anda dapat menukar no telefon Anda pada bahagian Phone Number.
  5. Masukkan kod OTP yang Anda terima melalui SMS, klik Submit.
  6. Klik Confirm. Kemas Kini Nombor Telefon UOB via Online Banking

Cara Tukar No Telefon UOB untuk OTP

Untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit Anda untuk SMS-OTP, sila kemas kini nombor telefon bimbit Anda melalui mana-mana cawangan UOB atau hantarkan kepada UOB borang Personal Internet Banking Information.

Borang Personal Internet Banking Information ini juga berfungsi jika Anda telah menukar nombor telefon bimbit lama Anda dengan yang baru.

Cara Tukar Nombor Telefon UOB

Nombor telefon bimbit di pada borang tersebut akan menggantikan nombor telefon sedia ada yang berdaftar untuk One-Time-Password (OTP) dan atas sebab keselamatan, nombor telefon bimbit akan dikemas kini selepas 24 jam diterima oleh unit pemprosesan bank.

Sila muat turun borang Personal internet banking disini. Setelah Anda mengisi borang tersebut, sila hantar borang yang lengkap ke:

P.O.BOX 11212, 50738 Kuala Lumpur, Malaysia

Tukar Nombor Telefon UOB melalui Cawangan

Selain cara diatas, Anda juga dapat menukar nombor telefon Anda dengan bantuan pegawai khidmat pelanggan UOB. Ini bermakna Anda perlu meluangkan masa Anda untuk pergi ke cawangan bank. Selain itu Anda perlu membawa kad pengenalan dan nombor telefon baru untuk proses pengesahan.

Ini adalah salah satu cara cepat dan pantas untuk menukar nombor telefon Anda. Namun, bagi Anda yang berada di luar negara, Anda dinasihatkan untuk kemaskini no telefon UOB menggunakan borang personal internet banking.

Untuk keselamatan tambahan kepada ID Pengguna dan Kata Laluan yang diperlukan semasa log masuk, Anda akan diminta untuk memasukkan SMS-OTP yang dihantar ke telefon bimbit Anda untuk melihat butiran akaun penuh atau ketika melakukan transaksi.

Jika Anda berada di luar negara, Anda boleh menyemak dengan operator penyelia perkhidmatan Anda tentang penghantaran SMS kepada Anda. Penerimaan SMS Anda adalah bergantung kepada perkhidmatan perayuan pengendali rangkaian mudah alih Anda.