Cara Tukar Password Bank Islam Online
Cara Tukar Password Bank Islam Online

Cara Tukar Password Bank Islam Online

Bank Islam merupakan institusi kewangan terbaik di Malaysia, Bank Islam menyediakan pelbagai produk menarik yang ramai korang perlukan seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, pelabuaran dan banyak lagi. Selain itu, Bank Islam memiliki perbankan internet yang dikenali sebagai Bank Islam IB (bankslam.biz) bagi memudahkan para pelanggan Bank Islam melakukan pelbagai transaksi kewangan.

Internet banking yang dimiliki oleh Bank Islam merupakan perbankan yang selamat dan dapat digunakan pada bila-bila masa selama 24 jam.

Untuk keselamatan akaun Anda di Bank Islam IB, Anda boleh tukar kata laluan Bank Islam secara online. Kerana ramai korang yang tidak tahu macam mana cara menukar password Bank Islam IB online, berikut kami kongsikan cara tukar password Bank Islam dan cara reset password Bank Islam online.

Cara Tukar Kata Laluan Bank Islam Online

Sila ikuti cara tukar password Bank Islam berikut:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login.
  3. Masukkan Username Anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Klik Login.
  5. Sahkan Private Word Anda.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login ke akaun Anda, Klik Settings. Change Password Bank Islam
  9. Kemudian, klik Change Password.
  10. Pada Current Password, masukkan password asal. Current Password Bank Islam
  11. Pada New Password, masukkan kata laluan baru yang Anda inginkan.
  12. Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan baru Anda.
  13. Klik butang Change.
  14. Klik Request i-Access code. Kod TAC/OTP akan dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS. Request i access code
  15. Masukkan Kod tersebut pada ruangan i-Access Code.
  16. Klik butang Change.
  17. Tahniah, Anda berjaya tukar password Bank Islam online banking.

Cara Reset Password Bank Islam Online

Cara reset password bank Islam sekiranya Anda lupa user id dan password bankislam.biz

  1. Lawati pautan rasmi Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login.
  3. Klik Forgot User ID/Password. Forgot User ID Password Bank Islam
  4. Pada ATM Card/Debit Card No, masukkan nombor Kad ATM Anda. ATM Card Debit Card Bank Islam
  5. Masukkan ATM PIN Anda pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik Continue.
  7. Klik Request i-Access Code. Code i acces
  8. Nombor i-Access akan dihantar ke handphone Anda.
  9. Klik Continue.
  10. Seterusnya, akan dipaparkan User ID Anda. Reset Password Bank Islam
  11. Klik Reset Password.
  12. Pada Password, sila masukkan kata laluan baru yang Anda inginkan. New Password Bank Islam
  13. Masukkan sekali lagi kata laluan baru pada Confirm Password.
  14. Klik Submit.
  15. Reset kata laluan Anda berjaya, kini Anda dapat login menggunakan kata laluan baru.
  16. Selesai.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Islam Anda boleh hubungi Khidmat Pelanggan Bank Islam di 03-2690 0900. Sekiranya Anda ingin kemaskini nombor telefon Bank Islam, sila baca panduan cara tukar no telefon Bank Islam.

Jadi itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu. Tips ini pastilah berguna untuk pemegang akaun bank Islam. Sebab langkah keselamatan memang penting untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak dikehendaki.